Dulu semalam,selepas Maghrib,aku melakukan rawatan kepada seorang pesakit yang mengadu ada masaalah yang pada mula nya tertumpu di pejabat.Kemudian melarat kepada sakit-sakit dan bisa-bisa seluruh badan.Dan akhir-akhir ni,masaalah merebak kepada rumah tangga pulak.
Setelah aku amati punca nya nyatalah,masaalah yang di hadapi oleh Puan Kamisah dan suami nya berpunca dari angkara khianat yang di lakukan oleh rakan sepejabat nya.Hanya kerana terdapat sedikit salah faham dengan rakan sepejabat nya,dia terpaksa berdepan dengan rantaian sihir yang tidak pernah dia duga selama ini.
Di rumah dia tak rasa sakit apa-apa pun,hanya sering bertelagah dengan suami atas perkara-perkara remeh.Itu pun bermula hanya ada bulan lepas sahaja.Sebelum tu dia tidak pernah pun berselisih pendapat dengan suami nya atas soal-soal kecil.Malah masaalah besah pun boleh di atasi dengan berkompromi,tanpa bermasam muka.
Yang paling merimaskan Pn Kamisah, ialah perubahan mendadak yang berlaku pada diri nya sebaik sahaja beliau menjejakkan kaki di pejabat nya di Bangsar.Badan yang dari pagi tadi tidak ada masaalah kesihatan,tiba-tiba bertukar menjadi bisa-bisa,lemah dan tidak bermaya.Mood kerja hilang tiba-tiba.Fokus pada tugas jadi kabur.Bila ini terjadi,minda nya hanya fikirkan waktu balik sahaja.Dan penantian sehingga tamat waktu pejabat pukul 5-00 tu,saolah-saolah satu penantian yang penuh penyeksaan buat beliau.Dan yang paling beliau tidak suka,apabila memandu kerumah;beliau merasakan seakan-akan ada orang yang ikut serta dalam kereta itu!
Setelah aku amati secara teliti permasaalahan yang di hadapi oleh beliau,ternyatalah beliau,Puan Kamisah telah di sihir melalui barang sihir yang di tabur di pejabat,dan pada kenderaan beliau.Tujuan nya antara lain untuk memastikan Puan Kamisah ini tunduk pada seseorang,tapi bukan tunduk atas rasa cinta.tapi rasa takut.Itu sebab nya beliau tidak begitu selesa bila berada di pejabat dan bila memandu kereta nya.Orang yang melakukan sihir tersebut adalah seorang janda anak dua yang bekerja dalam satu jabatan dengan Puan Kamisah.Beliau adalah merupakan senior di jabatan tersebut.
Bila aku 'selami' sedikit keadaan badan Puan Kamisah,saya dapati tahap bisa sihir yang terdapat dalam badan beliau sudah agak membimbangkan.Dengan keadaan bisa sihir yang dah mula memasuki tulang,saya tak hairan bila dia nyatakan awal tadi,bahawa dalam minggu ni dia dah mula rasa sakit seluruh badan beliau.Sekiranya di biarkan hingga satu bulan sahaja lagi,saya jangkakan beliau tidak akan mampu membuat sebarang kerja pun!.
Oleh kerana gangguan yang terdapat dalam badan Puan Kamisah tu agak banyak,lama jugak lah saya rawat beliau sehingga semua bisa-bisa dalam badan nya dapat di keluarkan.Apa bila kesemua bisa sihir dan gangguan-gangguan dalam badan nya dah berjaya di keluarkan,barulah beliau dapat rasakan bahawa badan nya dah tak ada rasa sakit-sakit lagi.Rasa sihat sangat sekarang ni,katanya.
Setelah saya puas hati dengan keadaan beliau,saya menasihatkan beliau supaya berhati-hati kerana manusia yang berhati ibis tu tidak akan puas hati bila melihat mangsa nya mampu melepaskan diri dari cengkaman nya.Dia akan sentiasa cari jalan untuk membuat mangsanya menderita.Saya syorkan kepada beliau dan suaminya supaya kerap mengaji atau memasang cd bacaan ayat-ayat Quran dirumah,atau bacaan ayat-ayat Rukyah;terutama sekali selepas waktu Solat Maghrib sebagai berikhtiar untuk menjauhi sihir menghampiri diri kita sekeluarga,kerana dalam Al Quran terdapat ayat-ayat yang mampu menghalang sihir.Walau macam mana pun penyerahan secara total atas usaha kita itu harus di tujukan kepada Allah snw yang Maha Berkuasa atas kesemua makhluk ciptaan nya.
Sebaik aku habis merawat Pn Kamisah ni,datang pula seorang gadis remaja dalam keadaan yang berserabut,terus duduk di kerusi di hadapan aku tanpa menunggu pelawaan dari aku.Dengan air mata berlinangan dia mengadu dah tak tahan menanggung derita selama hampir 2 minggu.Minda dan fikiran nya hanya "terikat" pada seseorang yang dia tidak suka.Yang paling menyeksa kan nya ialah dia lelaki yang sering mengganggu minda dia tu adalah tunang pada kawan sebilik nya.Kata nya dia tak boleh lupa kan 'si mamat" tunang kawan sebiliknya tu.Semakin dia cuba melupakan nya semakin kepala nya jadi berserabut.
Sebenar nya gadis remaja ini bernama Nadia adalah anak kepada sahabat karib aku sendiri,yang sekarang ini mengajar di salah sebuah sekolah menengah di Pahang.Beliau baru sahaja 4 bulan mengajar di sekolah tu.Bila mula dapat tawaran mengajar di sekolah tu,beliau yang berasal dari selatan tanah air tentulah mengalami sedikit masaalah tentang rumah sewa.Tapi nasib nya baik kerana kawan sekolah nya,seorang guru perempuan menawarkan satu bilik yang di sewa nya kepada beliau.Orang mengantuk di sorongkan bantal, apa lagi setuju aje lah.Nak cari rumah dapat bilik,lagi lah jimat sikit.Teman serumah pulak sama-sama mengajar.Tentu nya banyak kesenangan nya.
Bila dah beberapa hari duduk di rumah tu dia mula rasa ada benda yang tak kena.Tunang kepada kawan serumah nya sering mengundang atau di datangi oleh tunangan nya yang bekerja di pejabat Kerajaan yang berhampiran dengan sekolah tempat dia mengajar.Datang malam-malam,lewat malam baru pulang.Dia cuba menegur kawan nya tadi dengan cara yang paling berkhemah.Tapi tak ada apa-apa berbezaan pun,macam curah air di daun keladi je.
Yang paling buat Nadia fobia,ialah bila suatu hari kawan nya balik kampung.Dia terpaksa tinggal ke saorangan.Tinggal sorang-sorang dalam rumah,biasalah tak bertudung.Sebaik selesai menunaikan solat Isyak,dia terdengar kunci pintu di buka dari luar.Dia ingatkan kawan serumah nya tak jadi balik kampung.Sebaik dia meninjau kearah pintu, alagkah terperanjat nya Nadia,bila dia terpandang tunang kawan nya tadi menutup pintu dari dalam.'Nak ambil barang tertinggal dalam bilik Mimi',katanya selamba.terus kebilik tunang nya.
Secara sepontan Nadia bersuara 'Lain kali kalau nak masuk rumah ini,pastikan lah tunang awak ada.Dah tau tunang balik kampung,kenapa masuk masuk tak bagi salam langsung.!
Nadia betul-betul geram pada tunang rakan nya tu.Sementara budak tu dengan tergesa membuka bilik tunang nya dan beberapa minit kemudian keluar tergesa-gesa tanpa berkata sepatah kata pun.
Ingatkan Nadia,lepas insiden tu masaalah nya akan berakhir,ternyata meleset.Tanpa di sedari nya fikirannya kerap kali terganggu.Dalam masa seminggu sahaja dia sudah hilang fokus pada pekerjaan nya sebagai guru di sekolah.Dia merasakan diri nya sudah di sihir oleh budak lelaki,tunangan kawan serumah nya tu.Tiap kali budak tu datang,dia akan merasakan marah yang teramat sangat dan sebaik sahaja budak tu pergi,dia seolah-olah gila bayang,rasa rindu yang teramat sangat pada dia.Dan secara perlahan seluruh badan nya terasa bisa dan sakit-sakit.Ubat yang di ambil dari kelinik swasta dan kerajaan tidak memberikan sebarang kesan sedikit pun.
Hanya nasib yang menyebelahi,Cik Nadia tadi.Sebaik sahaja gangguan tu telah sampai ketahap di luar kawalan nya,cuti sekolah pun bermula.Itu yang dia datang dengan dua orang kawan nya untuk mendapatkan rawatan yang sepatut nya.Kedatangan nya kali ini dengan linangan air mata dan tangisan yang teresak-esak membuatkan aku sedikit terkejut.Takut kalau-kalau aku tidak mampu mengawal nya.
Dalam tangis yang teresak-esak tu sempat jugak dia merapu."Apa kena dengan saya ni Pak Chik?Saya sayang sangat dengan budak tu.Tapi saya benci dia sebab dia tunang kawan saya.Saya tak boleh lupakan dia Pak Chik",kata nya dengan kedua belah tangan nya di letakkan di dada nya,dalam keadaan dia duduk sambil membongkok dan terketar-ketar seolah-olah kesejukan yang amat sangat.
Baru beberapa minggu sahaja selepas rawatan pertama aku lalukan pada Nadia ni,keadaan nya dah berulang semula malah semakin parah nampak nya.Makna nya pemuda yang melakukan sihir pada Nadia ni memang jenis hati kering.Tak fikir langsung tentang dosa.Sihir pertama nya dulu dah aku buang,kini datang pulak sihir kedua nya yang lagi berat.Kalau sihir minyak cenuai,minyak dagu,dan gangguan hantu raya, jin tengkorak dan di sertakan dengan sihir jarak jauh dan di antar pada seseorang memang lah kesan kemudaratan nya amat cepat.Apa lagi pada seorang perempuan seperti Nadia ni, yang aku rasa-rasa agak kurang ampuh pendinding nya.Kalau kena pada lelaki pun boleh cair inikan pulak perempuan!
Bila aku dah tahu gangguan nya kuat,aku mulakan rawatan dengan hati-hati.Silap-silap nanti aku pulak yang dia ganggu.
Mula-mula sekali aku pindahkan semua jin-jin yang mengikut di sekeliling nya.Kemudian aku "blok" semua gangguan-gangguan sihir jarak jauh nya.Hingga kuasa gangguan yang ada terbatas pada apa yang ada dalam badan nya sahaja.Baru lah senang kerja sikit kerana kekuatan jin-jin sihir nya terbatas pada apa yang ada pada badan nya sahaja.Tidak ada jin dan syaitan sihir dari luar dapat mengganggu proses rawatan aku tu nanti.
Bila keadaan keliling aku dah rasa benar-benar tenang,barulah aku mulakan rawatan.Tapi belum pun sempat aku sentuh dahi nya,secepat kilas Nadia menepis tangan ku dengan kasar.
"Jangan usik dia,dia aku punya.Aku tak benarkan sesiapa pun usik dia.Aku nak bawak dia balik sekarang.Kau siapa?"kata suara yang keluar dari mulut Nadia,dengan kedua mata nya merenung tepat kearah aku.Pada hal sedari tadi dia terketar ketar kesejukan dan nampak lemah!
"Kau tanya aku siapa?Kau masuk dan kuasai badan anak buah aku ni,kemudian ikut dia ke tempat aku tanpa bagi salam,lepas tu nak tanya siapa aku?cantiknya muka engkau!" ku jawab dengan nada agak tinggi sedikit.
"Aku tak peduli,aku nak bawak dia balik" katanya lagi dengan penuh kesombongan.Sebenar nya aku tak berapa suka berdialog dengan benda-benda dampingan macam ni.Tak ada faedah nya pun.Tujuan nya hanya satu untuk memperbodohkan manusia,Buang masa je.
Memandangkan keadaan agak tegang dan pesakit yang di rasuk bertindak ganas,aku meminta pertolongan kawan-kawan nya tadi untuk membaringkan nya di lantai.Dua orang kawan nya memegang kaki nya dan aku memegang kedua tangan nya.Tenaga nya cukup kuat.Kedegilan nya memang nyata.Beberapa kali kata "aku nak keluar" tapi bila tunggu,dia masih ada dalam badan pesakit tu.
Badan aku dah hampir berpeluh,memegang kedua tangan nya.Potongan ayat rukyah dah di baca beberapa kali namun hasil nya masih lagi samar.Yang aku perasan, tenaga nya sudah mula berkurangan.Aku gunakan kesempatan tu untuk membuat air rawatan.Bila dah siap aku renjiskan pada keseluruh anggota badan nya yang dapat aku renjis.Baki air tu aku paksa dia minum secara paksa.
Sebaik selesai minum dia mula menunjukkan reaksi yang luar biasa.Rentapan nya semakin kuat.Renungan mata nya semakin meliar.
Aku teruskan fokus minda aku kepada rawatan , supaya aku tidak goyah atau terpedaya dengan tindakan jin yang meresap di badan pesakit tu.Aku lihat kawan nya mula gelisah,bila melihat pesakit semakin agresif.
Aku rawat satu-persatu gangguan di badan pesakit.Dari sihir minyak cenuai,sihir minyak dagu hingga ke sihir pengasih siam.Namun keadaan tidak banyak berubah.Kemudian aku dah sekat semua serangan sihir empat penjuru yang di hantar oleh bomoh lelaki tu.Baru lah keadaan nampak sedikit reda.Tapi 'benda' yang merasuk nya masih tidak mahu keluar.Jin tengkorak kaum Iban dari Sarawak! Patut lah degil sangat.
Kerana keadaan nampak sedikit reda.Aku sambung perubatan dengan membaca beberapa surah rukyah dengan nada yang sederhana,tujuan untuk mengembalikan tenaga ku yang hilang ketika memegang pesakit yang kerasokan tadi.Beberapa minit selepas tu baru lah ada tanda-tanda gangguan tu nak keluar.Pesakit seolah-olah cuba memuntahkan sesuatu.
Sebaik sahaja kawan nya meletakkan baldi kecil di dagu pesakit,guna untuk menadah muntah nya.aku laungkan azan dengan nada suara yang agak tinggi,sambil tangan kanan ku,aku letakkan di belakang pesakit,kawasan tengkuk.Sebaik selesai azan aku lihat tidak ada apa yang keluar dari mulut pesakit.Walau pun nampak agak lemah,renungan matanya masih lagi agak tajam,menandakan 'benda' tu masih ada lagi dalam badan nya.Sekali lagi aku laungkan azan dengan nada yang agak tinggi sambil merapatkan mulut ku menghapiri telinga nya.Dalam meronta-tonta di menunjukkan tanda-tanda nak muntah.Kali ni nampak cecair pekat keluar dari mulut nya.Sebaik benda tu keluar aku terus 'sambut' dan memindahkan nya jauh dari tempat aku melakukan rawatan.Kemudian aku arahkan pesakit menghabiskan air sejuk yang sudah di bacakan ayat-ayat rukyah sebelum tu.
Barulah aku rasa lega bila pesakit minta air pada kawan nya untuk wuduk.Kemudian melakukan solat Isyak pukul 3-00 pagi!.Alhamdulillah keadaan selamat.
Inilah pertama kali aku merawat pesakit yang di aniaya dengan gabungan sihir-sihir pengasih,penunduk,pelalau dan sihir-sihir jarak jauh secara serentak.Sungguh tidak berperikemaknusiaan.Bagi aku secara peribadi,orang seperti ini adalah jenis manusia penakut yang tidak mampu berpijak di bumi nyata.Tidak mampu menggunakan kuasa otak nya kearah kebaikan.