GANGGUAN JIN DAN MAKHLUK HALUS PADA DIRI ANDA, KELUARGA DAN PERNIAGAAN ANDA..

Anda,keluarga anda,perniagaan anda, perniagaan keluarga anda MUNGKIN di ganggu oleh jin dan makhluk halus,sekira nya terdapat tanda-tanda seperti berikut:-



 Antara tanda-tanda diri anda,keluarga anda dan perniagaan anda telah di "ganggu" oleh jin dan makhluk halus ada lah seperti berikut:-

  • Anda dan/atau ahli keluarga yang lain merasa sakit,sengal-sengal,kebas atau panas di mana-mana anggota badan.Walau pun telah di urut atau menerima rawatan di hospital.
  • Walau pun sakit nya tidak se berapa.Tapi ia mampu membuat anda/atau ahli keluarga rasa risau,runsing dan tertekan tanpa sebab-sebab yang tidak dapat hendak di jelaskan.
  • Keluarga,kawan dan alam keliling anda dan keluarga tidak mampu membuat anda ceria.Malah kadang-kadang kehadiran mereka-mereka ini menambahkan tekanan anda dan keluarga anda.
  • Anda sering hilang fokus dalam menjalani rutine harian.
  • Solat juga semakin hilang kusyuk.
  • Anda atau ahli keluarga mendengar benda jatuh dari ceiling rumah ketika anda atau keluarga leka membuat satu-satu kerja,walau dalam solat sekali pun.
  • Sering mendengar orang berjalan di hadapan rumah atau memberi salam.
  • Sering mimpi yang mengerikan.
  • Apabila keadaan ini di biarkan berlarutan,kesakitan atau ketidak selesaan yang anda rasa selama ini akan merebak ke bahagian anggota badan lain yang berhampiran.
  • Anda dan keluarga menjadi pemarah,tidak suka bergaul dengan jiran.
  • Hubungan anda dengan isteri,kawan akan menjadi semakin renggang.
  • Ketenteraman rumah tangga anda semakin hari semakin terjejas.Ada-ada sahaja benda kecil yang menjadi punca pergaduhan antara anda dan isteri mahu pun anak-anak.
  • Sekiranya anda berniaga,perniagaan anda semakin hari semakin terjejas.Setiap hari ada saja masaalah.
  • Sering terdapat barang barang pelik di sekitar tapak perniagaan anda apabila anda membuka perniagaan, seperti tapak perniagaan di sirami air,habuk papan,tanah merah,syilling bertaburan,botol atau tin minuman yang berselerakan,bunga-bunga,barangan buruk (selipar,topi ) dan lain-lain.
  • Badan anda di "baluti" oleh bau busuk macam bangkai, bau wangi,bau kapur barus, yang tidak boleh di kenal pasti punca nya.
  • Kawasan tertentu perniagaan anda (kedai) ada masaalah bau yang serupa.Bau-bau yang tidak menyenangkan ini akan hanya mampu di bau oleh pelanggan anda sahaja bukan anda dan pekerja anda!
  • Sering nampak seperti limbasan lembaga di dalam kedai anda.Anda akan merasa seperti di perhatikan oleh seseorang.
Sekira nya tanda-tanda ini terdapat pada diri anda,keluarga anda dan perniagaan anda;cepat-cepatlah berikhtiar.Amalkan surah-surah tertentu dalam Al-Quran.Atau paling kurang (untuk sementara) boleh lah amalkan bacaan cd rukyah dalam rumah dan dalam kedai-kedai perniagaan.

    2 comments:

    1. Assalamulaikum,

      Saya mempunyai masalah berat. Tolong saya. Sudi jika emel saya di ukjaafar@gmail.com. Saya amat memerlukan pertolongan pakcik.

      Assalam

      ReplyDelete
    2. tulisan ni jgn la buat warna kuning...susah nk baca bg org yg rabon mcm sya.pening

      ReplyDelete