Tuesday, March 24, 2015

Gangguan Pada Rahim dan Peranakan Perempuan

Apabila seorang perempuan bergelar Isteri selama beberapa tahun,keinginan untuk menimang cahaya mata memang tidak boleh di nafikan.Kadang-kadang tekanan untuk mempunyai anak sendiri sering sahaja mengganggu keharmonian hubungan suami-isteri.Apa tidak nya, apabila sudah berbelas tahun mendirikan mahligai,masih belum lagi bergelar ayah dan ibu.Beribu ringgit sudah di habiskan untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor,termasuk pakar,namun ketetapan takdir masih tidak menyebelahi mereka.Walau pun pakar mengesahkan bahawa kedua-dua pasangan tersebut subur,tapi si isteri tetap tidak boleh mengandung.

Pelbagai jenis jamu dan pemakanan kesihatan sudah di makan,guna untuk merangsang kesuburan,berserta dengan urutan badan pada kedua-dua pasangan,namun masih lagi tidak ada tanda-tanda positive yang menunjukkan sebarang tanda kehamilan pada si isteri.

Ini sebenar nya ujian Allah pada pasangan tersebut.Ia nya memerlukan kesabaran yang bukan sedikit.Calang-calang iman mula lah pasangan menyalahkan antara satu sama lain.Hilang sabar si suami senang-senang menuduh si isteri mandul.

Ini yang terjadi kepada 2 pasangan yang datang kepada saya untuk mendapatkan rawatan pada pertengahan tahun lepas.Pasangan pertama datang mengadu tentang isteri nya mengalami masaalah kitaran haid yang tidak menentu.Setiap kali sebelum darah kotor keluar,isteri nya mengalami sakit sengugut yang teruk selama beberapa hari.Ini di ikuti dengan keluaran darah yang berbentuk ketulan darah beku sebesar telur puyuh.

Pasangan kedua bertemu saya untuk mendapatkan rawatan untuk suami nya yang mudah marah pada pasangan nya atas perkara-perkara remeh.Sebelum nya si suami adalah suami yang amat penyayang dan bertimbang rasa.Mereka sudah berkahwin selama 12 tahun,tapi masih belum di kurniakan cahaya mata.

Sebenar nya isteri kepada kedua-dua pasangan ini tidak mengalami sebarang kecacatan physical pada mana-mana organ peranakan mereka.Mereka mengalami gangguan pada rahim dan peranakan mereka.Gangguan tersebut membuatkan isteri tidak boleh mengandung walau telah berkahwin selama berbelas tahun.Alhamdulillah,setelah di rukyah dengan ayat-ayat tertentu,mereka telah selamat menimang cahaya mata mereka masing-masing.Bunyi agak pelik tapi,ITU LAH KENYATAAN YANG SEBENAR DI ALAMI OLEH PASANGAN-PASANGAN TERSEBUT.