Hati suami mana yang boleh tahan apabila diri dan isteri tercinta di serang secara berterusan oleh gabungan Sihir Pelalau,Pengasih dan Jin gangguan kunci nafsu.Awal serangan nya tidak begitu dirasakan.Masaalah kecil sering sahaja bertukar menjadi pergaduhan besar dan perbalahan berpanjangan antara suami isteri.Selama 7 tahun isteri yang di nikahi dengan majlis penuh gemilang dan bersejarah tidak pernah lagi bermasam muka apa lagi meninggikan suara.Nak di katakan tidak bahagia,perkahwinan tu dulu berdasarkan suka sama suka.Sudah ada anak comel berumur 6 tahun.Si suami pulak mempunyai pekerjaan yang agak stabil.Rasa-rasa nya untuk menanggung keluarga yang sederhana besar pun dia kampu dari segi kewangan.Tapi umpama "di sangkakan panas sampai kepetang,tapi hujan ribut di tengah hari"Itu lah perumpamaan yang tepat untuk menggambarkan kehidupan yang di lalui oleh seorang insan tabah yang bernama Imran.
Akhir-akhir ni pulak secara perlahan dia merasakan perubahan pada keadaan dirinya.Awalnya dia ingatkan kekurangan keinginan sex nya di sebabkan oleh tekanan kerja atau stress akibat selalu bersengketa dengan si isteri.Tetapi apabila dia fikir-fikirkan yang kelemahan tu hanya bila berhadapan dengan si isteri nya sahaja,bukan di waktu-waktu lain.Sejak itu dia mula berperasangka yang bukan-bukan.Saban hari fikiranya kacau memikirkan punca masaalah diri nya dan keluarga nya.Naluri seorang suami dapat merasaikan seolah-olah ada "tangan ghaib" yang cuba memperkotak-katikkan keluarga nya melalui sihir.Di takdirkan suatu petang sekembalinya dari kerja harian nya di sambut dengan satu berita yang amat mengejut dan mengeciwakan nya.
Seperti biasa aritu bila sampai rumah dia rasa tertekan dengan perlakuan isteri nya yang acuh tak acuh melayan nya.Akibat hilang kesabaran dia mencabar si isteri nya supaya berterus terang kepada nya apa sebenarnya yang dia (si isteri) mahukan dari suami nya.Dengan selamba si isteri tadi menyatakan bahawa dia tak ada perasaan sedikit pun lagi pada si suami.Malah sekarang ni jiwa dan perasaan nya sudah di isi oleh orang lain!Isteri nya merujuk kepada seorang pendatang yang menyewa tidak jauh dari rumah nya.Imran tahu dan kenal lelaki tu kerana setiap hari berjalan berkumpulan dengan rakan serumah nya melalui jalan di hadapan rumah yang di duduki oleh Imran dan isteri untuk ke tapak pembinaan yang tidak jauh dari situ.Bagaikan satu ledakan bom berlaku berhampirannya sehinggakan dia merasakan detik waktu terhenti beberapa ketika.Dia langsung tidak mampu mengeluarkan sebarang kata-kata.Si isteri pulak,sebaik dia mengucapkan kata-kata itu tadi berlari masuk kebilik,menyembamkan muka nya ke bantal atas katil dengan menangis teresak-esak.Tinggal lah Imran seorang diri di ruang tamu,termenung mengenangkan musibah yang bakal di laui nya selepas ini.
Oleh kerana masaalah yang di hadapi oleh Imran dan isterinya telah di hadapi nya selama empat tahun,maka urusan rawatan nya menjadi sedikit rumit dan memakan masa.Tuhan sengaja menguji kita dengan mendatangkan sedikit kesusahan.Berkat sabar yang tinggi di tunjukkan oleh Imran dan isteri nya,sekarang ni sudah mampu tersenyum.Itu pun setelah hampir tiga minggu menghadapi sihir-sihir berulang yang di hantar oleh pemuda pendatang itu.
Untuk para pembaca semua,bukan saya bertujuan nak tunjuk pandai tapi sekadar untuk memaparkan masaalah benar masakini yang semakin melanda masyarakat kita.Anak-anak dara kita di sihir dengan sihir pengasih hingga tak kenal emak ayah,sanggup mengharung gelombang lari ke seberang untuk di nikahi oleh pemuda yang menyihirkan nya.Amat malang sekali sihir jenis ini selalunya sukar di kesan pada peringkat awal.Malah si mangsa dan keluarga akan memerahi sesiapa sahaja yang menyatakan mereka sekeluarga di sihir.Hanya apabila anak gadis kesayangan sudah tidak ada di hadapan mata barulah terkial-kial mencari pengamal-pengamal perubatan hatta bomoh sekali pun untuk menyelesaikan masaalah yang di hadapi nya.