Saturday, December 29, 2012

TANDA TANDA AWAL GANGGUAN SIHIR

Kadang-kadang  tu kita tak perasan pun bila sihir mula menguasai diri kita.Sehingga lah bila kita atau kawan-kawan keliling terperasan akan perubahan pada diri kita.Dan yang paling teruk sekali bila kita dah sampai peringkat kritikal sampai tak boleh bangun,tapi doktor tak dapat nak kenal pasti punca masaalah penyakit yang kita hadapi!


 TANDA GANGGUAN AWAL PADA BAHAGIAN KEPALA.

Mengalami masaalah sakit kepala yang tidak di ketahui punca nya.Ubat dari klinik dah habis tapi sakit kepala tetap datang pada waktu-waktu tertentu.Dan tahap sakit nya semakin hari semakin bertambah.Kesakitan yang di rasai oleh mangsa bergantung kepada kekuatan dan tujuan sihir itu sendiri.Belum pun reda masaalah sakit kepala,fikiran mula rasa terganggu dengan perasaan was-was,berperasangka buruk dengan keluarga sendiri mau pun dengan kawan-kawan keliling,mudah marah atas alasan-alasan yang remeh.Mangsa biasanya menghadapi masaalah sukar untuk melelapkan mata sewaktu tidur malam.Tak lama lepas tu pandangan mula menjadi kabur.Lampu dalam pejabat atau rumah rasa macam tak cukup terang.

Pada tahap ini sekiranya tidak dirawat dengan segera,mangsa akan mula rasa bosan dengan kehidupan.Rasa tidak selesa dengan kawan-kawan dan keadaan keliling.Mula hilang fokus dan konsentrasi pada tugas dan tanggung jawab,sama-ada tanggung jawab sebagai suami,ayah atau pekerja.Kerja-kerja akan banyak tertangguh dan layanan pada suami,isteri,anak-anak dan kawan-kawan mula menjadi hambar.

Tak cukup dengan sakit di bahagian kepala,mangsa mungkin mengalami masaalah selsema yang berpanjangan,bergantung pada jenis sihir yang di hidapi nya.


TANDA GANGGUAN AWAL PADA KAKI DAN TANGAN.

Ada rasa benda menyucuk-nyucuk pada hujung jari tangan atau kaki,terutama pada waktu Maghrib dan waktu tengah malam.Atau rasa macam gatal-gatal pada hujung jari-jari tertentu,tak kira jari tangan atau jari kaki.Biasa nya hujung jari akan terasa lembab dan terdapat rasa luka seperti jarum halus pada dua tempat yang berhampiran.Dalam beberapa hari sahaja mangsa akan terasa lenguh dan sengal pada sendi-sendi tangan dan kaki,di bahagian punggung dan lutut,terutama sekali sewaktu bangun tidur sebelah pagi.

Tekanan perasaan yang berlebihan membuatkan
seseorang mudah hilang pertimbangan

Kadang-kadang terasa "benda" bergerak atau "bergetar" pada bahagian lengan,peha dan betis.Itu petanda awal tangan dan kaki pesakit dah dikuasai oleh jin-jin sihir yang di hantarkan kepada nya.Biasa jugak terjadi bahagian tangan dan kaki mangsa sihir kelihatan biru sebesar duit 20 sen dengan kesan dua lubang seolah-seolah di digit sepasang taring.

Bergantung kepada jenis-jenis sihir yang menyerang,mangsa mungkin akan mengalami rasa sakit dan bisa pada tumit, sekeliling tapak kaki dan lutut dan lenguh pada bahu siku dan keseluruhan tangan.


TANDA GANGGUAN PADA BADAN DAN ANGGOTA DALAMAN.

Biasa nya gangguan yang di tujukan kepada bahagian mana bahagian badan (tulang belakang,pinggang,perut dan dada) dan bahagian anggota dalaman badan (hati,limpa,jantung,paru,buah pinggang,perut anggota sulit dan peranakan) bertujuan untuk memberi kesan kerosakan total kepada mangsa.Kesan dari sihir jenis ini mengakibatkan si mangsa menderita kesakitan pada anggota badan tertentu.Atau hilang fungsi secara total anggota badan yang di sihirkan.Contoh yang paling mudah adalah kehilangan tenaga batin secara tiba-tiba,sama ada pada lelaki atau perempuan.

Tangan dan kaki tak mampu di gerakkan lagi angkara gangguan
sihir yang tidak berperikemanusiaan.

Sihir yang di tujukan pada mana-mana bahagian anggota badan termasuk anggota dalaman tidak mengambil masa yang lama untuk memberikan penderitaan berpanjangan kepada si mangsa.Antara kesan-kesan sihir tersebut adalah seperti berikut:-

Hilang nafsu makan,nafsu sex,nafsu tidur (tidak berasa mengantuk walau pun sudah hampir subuh)

Keseluruhan badan terasa teramat sejuk sehinggakan di balut dengan selimut tebal waktu tengah hari pun badan masih menggigil.

Badan terasa panas berlebihan.Sehinggakan membuat kerja yang sedikit pun akan mengeluarkan peluh yang terlalu banyak,cepat mengah.

Perut sakit secara tiba-tiba,terasa ada cengkaman atau ada benda berpusing dalam perut.Serangan begini akan membuatkan perut mangsa membesar hingga sukar bernafas (Busung).Atau kerap buang air sehingga keletihan.Atau kalau gangguan kepada tali perut akan menyebabkan penyakit seolah-olah buasir,sama ada buasir dalaman atau buasir luaran.

Serangan sihir pada dada yaitu yang di sasarkan pada hati jantung dan paru-paru pesakit membuatkan pesakit rasa bisa-bisa pada ulu hati,atau degupan jantung tidak normal atau penafasan yang tidak teratur (mengah).

Bertahun menerima rawatan hospital termasuk operration tapi masaalah
 tidak  selesai.Terpaksa berhenti kerja (medical board) gara-gara sihir.

Sekiranya serangan sihir di tujukan kepada mana-mana bahagian saraf,terutama sekali di bahagian tulang belakang,tulang punggung,lengan;magsa akan menghadapi kesukaran untuk menggerakkan anggota badan itu.Kalau dalam kaedah perubatan hospital ia nya di panggil "stroke".

Pesakit menderita sakit dan bisa di bahagian sendi tangan dan kaki
hingga tidak boleh berjalan.Doktor mengesahkan gaut tapi rawatan
di hospital selama beberapa tahun tidak mampu meyembuhkan nya.

Bagi yang perempuan pula,biasa nya serangan secara halus di tujukan pada bahagian rahim dan peranakan.Matlamat nya untuk merosakkan anggota bahagian rahim dan peranakan supaya mangsa tidak mampu mengandung.Kedatangan haid jadi tidak menentu dan pengeluaran darah kotor yag berlebihan dari biasa.Selain itu kerosakan pada bahagian kemaluan sehingga menyebabkan beberapa penyakit ringan,seperti gatal-gatal yang kadang kala sehingga kemaluan mengeluarkan cairan kotor yang teramat busuk.Ini sudah tentu akan mengganggu hubungan intim suami isteri.Ini sudah tentu akan memberi kesan kepada kerukunan se sebuah rumah tangga.


KESIMPULAN NYA SIHIR MAMPU MEMDATANGKAN BERMACAM JENIS MASAALAH KEPADA DIRI SESEORANG DENGAN IDZIN ALLAH.HANYA DIA TEMPAT KITA MEMINTA PERTOLONGAN UNTUK TUJUAN PENYEMBUHAN.JANGAN BIARKAN KEADAAN MENJADI SEHINGGA DI LUAR KAWALAN BARU NAK CARI JALAN IKHTIAR.

HUBUNGI  0196837657  EN NASIR UNTUK KETERANGAN LANJUT.