Saturday, December 29, 2012

TANDA TANDA AWAL GANGGUAN SIHIR

Kadang-kadang  tu kita tak perasan pun bila sihir mula menguasai diri kita.Sehingga lah bila kita atau kawan-kawan keliling terperasan akan perubahan pada diri kita.Dan yang paling teruk sekali bila kita dah sampai peringkat kritikal sampai tak boleh bangun,tapi doktor tak dapat nak kenal pasti punca masaalah penyakit yang kita hadapi!


 TANDA GANGGUAN AWAL PADA BAHAGIAN KEPALA.

Mengalami masaalah sakit kepala yang tidak di ketahui punca nya.Ubat dari klinik dah habis tapi sakit kepala tetap datang pada waktu-waktu tertentu.Dan tahap sakit nya semakin hari semakin bertambah.Kesakitan yang di rasai oleh mangsa bergantung kepada kekuatan dan tujuan sihir itu sendiri.Belum pun reda masaalah sakit kepala,fikiran mula rasa terganggu dengan perasaan was-was,berperasangka buruk dengan keluarga sendiri mau pun dengan kawan-kawan keliling,mudah marah atas alasan-alasan yang remeh.Mangsa biasanya menghadapi masaalah sukar untuk melelapkan mata sewaktu tidur malam.Tak lama lepas tu pandangan mula menjadi kabur.Lampu dalam pejabat atau rumah rasa macam tak cukup terang.

Pada tahap ini sekiranya tidak dirawat dengan segera,mangsa akan mula rasa bosan dengan kehidupan.Rasa tidak selesa dengan kawan-kawan dan keadaan keliling.Mula hilang fokus dan konsentrasi pada tugas dan tanggung jawab,sama-ada tanggung jawab sebagai suami,ayah atau pekerja.Kerja-kerja akan banyak tertangguh dan layanan pada suami,isteri,anak-anak dan kawan-kawan mula menjadi hambar.

Tak cukup dengan sakit di bahagian kepala,mangsa mungkin mengalami masaalah selsema yang berpanjangan,bergantung pada jenis sihir yang di hidapi nya.


TANDA GANGGUAN AWAL PADA KAKI DAN TANGAN.

Ada rasa benda menyucuk-nyucuk pada hujung jari tangan atau kaki,terutama pada waktu Maghrib dan waktu tengah malam.Atau rasa macam gatal-gatal pada hujung jari-jari tertentu,tak kira jari tangan atau jari kaki.Biasa nya hujung jari akan terasa lembab dan terdapat rasa luka seperti jarum halus pada dua tempat yang berhampiran.Dalam beberapa hari sahaja mangsa akan terasa lenguh dan sengal pada sendi-sendi tangan dan kaki,di bahagian punggung dan lutut,terutama sekali sewaktu bangun tidur sebelah pagi.

Tekanan perasaan yang berlebihan membuatkan
seseorang mudah hilang pertimbangan

Kadang-kadang terasa "benda" bergerak atau "bergetar" pada bahagian lengan,peha dan betis.Itu petanda awal tangan dan kaki pesakit dah dikuasai oleh jin-jin sihir yang di hantarkan kepada nya.Biasa jugak terjadi bahagian tangan dan kaki mangsa sihir kelihatan biru sebesar duit 20 sen dengan kesan dua lubang seolah-seolah di digit sepasang taring.

Bergantung kepada jenis-jenis sihir yang menyerang,mangsa mungkin akan mengalami rasa sakit dan bisa pada tumit, sekeliling tapak kaki dan lutut dan lenguh pada bahu siku dan keseluruhan tangan.


TANDA GANGGUAN PADA BADAN DAN ANGGOTA DALAMAN.

Biasa nya gangguan yang di tujukan kepada bahagian mana bahagian badan (tulang belakang,pinggang,perut dan dada) dan bahagian anggota dalaman badan (hati,limpa,jantung,paru,buah pinggang,perut anggota sulit dan peranakan) bertujuan untuk memberi kesan kerosakan total kepada mangsa.Kesan dari sihir jenis ini mengakibatkan si mangsa menderita kesakitan pada anggota badan tertentu.Atau hilang fungsi secara total anggota badan yang di sihirkan.Contoh yang paling mudah adalah kehilangan tenaga batin secara tiba-tiba,sama ada pada lelaki atau perempuan.

Tangan dan kaki tak mampu di gerakkan lagi angkara gangguan
sihir yang tidak berperikemanusiaan.

Sihir yang di tujukan pada mana-mana bahagian anggota badan termasuk anggota dalaman tidak mengambil masa yang lama untuk memberikan penderitaan berpanjangan kepada si mangsa.Antara kesan-kesan sihir tersebut adalah seperti berikut:-

Hilang nafsu makan,nafsu sex,nafsu tidur (tidak berasa mengantuk walau pun sudah hampir subuh)

Keseluruhan badan terasa teramat sejuk sehinggakan di balut dengan selimut tebal waktu tengah hari pun badan masih menggigil.

Badan terasa panas berlebihan.Sehinggakan membuat kerja yang sedikit pun akan mengeluarkan peluh yang terlalu banyak,cepat mengah.

Perut sakit secara tiba-tiba,terasa ada cengkaman atau ada benda berpusing dalam perut.Serangan begini akan membuatkan perut mangsa membesar hingga sukar bernafas (Busung).Atau kerap buang air sehingga keletihan.Atau kalau gangguan kepada tali perut akan menyebabkan penyakit seolah-olah buasir,sama ada buasir dalaman atau buasir luaran.

Serangan sihir pada dada yaitu yang di sasarkan pada hati jantung dan paru-paru pesakit membuatkan pesakit rasa bisa-bisa pada ulu hati,atau degupan jantung tidak normal atau penafasan yang tidak teratur (mengah).

Bertahun menerima rawatan hospital termasuk operration tapi masaalah
 tidak  selesai.Terpaksa berhenti kerja (medical board) gara-gara sihir.

Sekiranya serangan sihir di tujukan kepada mana-mana bahagian saraf,terutama sekali di bahagian tulang belakang,tulang punggung,lengan;magsa akan menghadapi kesukaran untuk menggerakkan anggota badan itu.Kalau dalam kaedah perubatan hospital ia nya di panggil "stroke".

Pesakit menderita sakit dan bisa di bahagian sendi tangan dan kaki
hingga tidak boleh berjalan.Doktor mengesahkan gaut tapi rawatan
di hospital selama beberapa tahun tidak mampu meyembuhkan nya.

Bagi yang perempuan pula,biasa nya serangan secara halus di tujukan pada bahagian rahim dan peranakan.Matlamat nya untuk merosakkan anggota bahagian rahim dan peranakan supaya mangsa tidak mampu mengandung.Kedatangan haid jadi tidak menentu dan pengeluaran darah kotor yag berlebihan dari biasa.Selain itu kerosakan pada bahagian kemaluan sehingga menyebabkan beberapa penyakit ringan,seperti gatal-gatal yang kadang kala sehingga kemaluan mengeluarkan cairan kotor yang teramat busuk.Ini sudah tentu akan mengganggu hubungan intim suami isteri.Ini sudah tentu akan memberi kesan kepada kerukunan se sebuah rumah tangga.


KESIMPULAN NYA SIHIR MAMPU MEMDATANGKAN BERMACAM JENIS MASAALAH KEPADA DIRI SESEORANG DENGAN IDZIN ALLAH.HANYA DIA TEMPAT KITA MEMINTA PERTOLONGAN UNTUK TUJUAN PENYEMBUHAN.JANGAN BIARKAN KEADAAN MENJADI SEHINGGA DI LUAR KAWALAN BARU NAK CARI JALAN IKHTIAR.

HUBUNGI  0196837657  EN NASIR UNTUK KETERANGAN LANJUT.




20 comments:

  1. terima kasih atas info, bagaimana nak menangani nya?

    ReplyDelete
  2. Smnjak dua menjak ni sy alami sengal2 bdn dan demam lpas wktu asar smpailah mlm..esoknya tu ok tp lpas asar jd balik..sy lalu mmpi bruk. Wpun sy tido hnya 10 minit. Ada kwn yg sruh sy amal manzil slps subuh dan asar..mmpi dh kurang tp sakit still ada..klau yg mmpi tu dh sthun dh cuma yg sengal bdk ni baru je..

    ReplyDelete
  3. Anak lelaki saya berumur 3 tahun..kebelakang ini dia susah tidur mlm..bila disuruh tidur dia termenung dan tak boleh tidur..bila ditanya dia kata sakit kepala..lama kelamaan tertidur juga tapi selalu merengek sakit kaki dan digaru2 kaki...bila siang ok jew..adakah ini petanda sihir?

    ReplyDelete
  4. Betullah semua ni.. Sy pun pnh alami. Sakit gila kan awk.. Sy dulu 1saka dan 2 sihir. 2 tahun sy tseksa..Kesan plak sy selalu ckp sorang2, kepala sering sakit mencucuk2, mkn byk tp x knyang2 selalu dua periuk nasi tu sekejap je sy habiskn hehe, selalu bjaga pkol 2 pg, selalu menyendiri, emosi tganggu, asyik rasa nk marah, selalu nanggis tiba2, dan yg paling teruk bila sy dgr ayat quran dlm handphone,tab dan tv semua brg elektronik sy rosak dan byk lg lah..haha prg lah berubat sesiapa yg kne macam kita sbb ustaz tu ada ckp kt sy kalau sy lewat jumpa dia sy mungkin akn jadi gila sbb makhluk halus tu sedang mencari point utk memgawal otak sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesiapa yg rasa badan lain macam tu cuba korang dengar ayat ruqrah sampai habis. Dgr lg elok kalau korang guna earphone. Duduk ditempat tenang dan sunyi, dan dgr je ayat ruqyah tu harap jgn ikot bacaannya. Bila dh dgr tu kalau rasa mgantok, sakit mata, rasa nk muntah, sakit kepala, sakit belakang, rasa mcm benda bjalan dlm badan, selsema tiba, batuk tiba2 itu memang tanda2 yg ada makhluk dlm badan korang.. Cuba lah ye..kalau ada tanda2 tu cepat2 lah korang prg cari ustaz utk berubat ye. Sy pnh alami sbb tu sy sharing ni.. Cuma better guna hp murah sbelum dgr surah ruqyah ni. Sbb syaitan x suka kita dgr ayat quran ni jd pasti handphone korang rosak mcm hpone, tab dan tv sy. Dan lg satu jgn dgr surah ruqyah ni dlm kereta ye sbb ia amat bahaya dan boleh myebabkan kemalangan..

      Sy bukan ustazah.. Tp sy tahu semua ni bdasarkan pgalaman sy.. Semoga kita smua dilindungi Allah SWT... Assalamualaikum

      Delete
    2. salam. awak. harap awak balas. apa saya kena semua sama dgn awak. ust kata sy nasib berubat awal. kalau x gila. lepas tu elok la cuma skrg dtg balik. sy sbb ade org hanta. punca xsuka. darul syifa dah ust luar dah. skrg dah mula balik. awak trus ok tak ?

      Delete
  5. Saya ada semua tanda2-di atas,saya pernah mimpi makhluk bertanduk nak masuk rumah, dan tahun sebelum tu saya mimpi dia jg,dia whilst dan hisap ibu jari saya,bila saya sedar jari saya terasa sakit.sllu bila tidur macam aDA BAYANG hitam berdiri tepi memandang saya tengah tidur.Suami pula selalu komplain kenpa saya nampak tua,ada satu cafe tu dia selalu pergi, hari2 pergi.smpi dia abaikn saya.kat sana ada budak perempuan suka kat dia, kwn2 ckp maybe dia letak benda kat minum/makan dia.Saya pn tak tahu nak ckp ape,benda2 mcm ni susah nk percaya.Tolong la, saya tak tahan mcm ni.

    ReplyDelete
  6. semua yang kat atas tu saya tengah alami sekarang . saya umur bru 20 . saya dah penah berubat , tapi kalini lagi teruk . saya tak tahan dah macam ni . setiap kali berkawan tak pernah kekal . kawan2 dah mula jauh dengan saya .asyik nak marah org je . nak buat keje pon jari saya macam kebas2 . saya pernah jatuh peranakan sebelum ni tapi taktahu ape punca . sebab umur 19 masatu susah nak jatuh . saya selalu gatal2 dia bahagia rahim sampai lah ke harini . hmm . mak saya takde , saya tinggal demgam ayah . ape2 beubat saya pergi sendri sorang2. tolong lah saya mana2 ustaz yang boleh bantu saya . hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. try kol Ustaz Ariffin 0123779564 semoga adik lekas sembuh. Aminnn

      Delete
  7. saya sakit kepala sekejap depan hilang sakit tepi kepala hilang sakit belakang kepala lpastu hilang kejap kejap ja pelik saya pn ada benda bergerak atas kulit perut dan mimpi ada bnda dlam prut mcam bayi brgerak sakit sngat dlam mmpi tu..mohon pencerahan ye..

    ReplyDelete
  8. 6-7 thn lps sy penah alami situasi di mna nadi pd lengan kanan sy kembang dan berdenyut laju..ada 2 @3 nadi yg timbul.nadi tu penah bergerak atas bwh..tgn sy lenguh smpai xda upaya nk gerak.sakit tu smpai nangis2..mimpi plak binatang babi,harimau,ular.terakhir berubat dgn ustaz alhamdulillah hilang..tu cerita bbrp thn lps tp skrg mula rs balik...

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum..saya sekarang kerap sangat alami sakit pinggang.selalunya keliling pinggang sakit kadang sampai sukar nak bernafas. Bila bangun rasa susah nak gerak badan sebab sakit sangat.belakang hingga depan macam berpusing sakitnya. Àdakah normal.tapi dah 2 3 bulan setiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah ke klinik doktor kata takde masalah dan cuma buat fisioterapai.

      Delete
  10. saya mengalami sakit pada kaki yang amat sangat..pergi klinik doktor cakap sakit sendi..urat..makan ubat tahan sakit.. pergi berurut..malam susah nak tidor kerana sakit yang amat sangat..terasa seperti kulit terbakar dan menyucuk akan selalu sakit pada waktu magrib dan pada waktu pagi diantara pukul 230 dan 3 pagi...patutkah saya berjumpa dengan ustaz

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,Saya nak tanya baru berlaku harini saya penat sangat tertidur pada waktu maghrib.Sewaktu pukul 7:20 malam mak saya sudah mengejud saya utk solat maghrib.Saya perasan mak saya cakap lepastu saya sambung tidur tak beberapa lama minit kemudian saya mata saya terbuka saya perasan macam ada orang mengintip saya tengah tidur sebab saya tidur pintu bilik tak ditutup.Selepas itu,dia pun masuk bilik dan terus baring disebelah saya masa dia baring saya rasa diri saya terbang di udara kaki bergerak dan seterusnya mulut dan satu badan tak gerak.Saya Nak tanya apa puncanya ya

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Salam nak tanya sikit.
    Saya x tau ada ganguan atau x sbb sejak kebelakangan ni sakit menjadi-jadi. Mmg rasa dkt kulit mcm something gerak2 and rasanya start asar dh mula sakit kaki.Emotion pun x stabil, kadang2 byk menagis kdg2 ok. Kadang2 sakit kepala tp x byk sgt. Dulu sy ingat suka duduk sorang2 .Skrg ni x de sgt. Tp hati rasa resah. Badan rasa sejuk pastu kdg2 lupa kejap and lg satu dh x selera mkn.Telinga rasa x selesa. Lg satu rasa mcm ada dengar bisikan. Betul ke kena gangguan?

    ReplyDelete
  14. Saya sakit bermula drp sakit bahu selepas raya haji hari tu..lepas tu dia merebak sakit ke leher dan terus ke kepala...smpi skrg bahu leher kepala sakit..tekanan darah ok kolestrol ok gula dlm darah ok...skrg tgh tunggu keputusan ujian darah sama ada ada sel kanser atau tidak..skrg pun tgh buat fisio masih ada 10 sesi lagi masih blm baik..bekam pun dh 3 kali buat masih blm baik..urut pun dah byk kali tp blm baik...tp masalahnya org yg urut saya akan mengalami sakit2 badan slps diorg mengurut saya..mlm td saya dgr bacaan rukyah badan saya cuma berdebar n terasa kebas2 bergerak di urat belikat...adakah ini tandanya sihir..saya pening huhu

    ReplyDelete
  15. salam.tahun lepas saya pening..saya ada dapatkan rawatan diperubatan islam,skg ni kepala saya dh ok,tapi skg ni di kaki kiri saya dan didalam rahim ada getaran..setiap kali saya mengaji saya mengantuk ,saya susah tidur ketika datang haid,di ubun-ubun saya macam ada beribu2 semut..adakah gangguan itu masih ada lagi???terima ksh

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum, sya kerap mengalami sakit tulang belakang sampai tengkuk..beratnya seperti ada satu beban yg takleh nak bwk,time baring akan berdenyut dekat belakang.. bila duduk saya akan rasa nak menyandar je .. sya mmg penah ada gangguan sejak 3 thun.. tapi lama dah sya tak sakit.. tapi skrg , sakit dtg balik.. tkadang rahim sya jugak menyucuk nyucuk pastu keluar darah warna merahpekatdan hitam ... sya dah putus asa utk brubat...

    ReplyDelete