SIHIR UNTUK MENDAPATKAN KEPENTINGAN DAN WANG.

Dulu sihir di gunakan semata mata untuk melepaskan dendam kesumat pengamal-pengamal nya.Dan biasa nya niat pengamal sihir tu untuk membuatkan mangsa menanggung kesengsaraan yang berpanjangan.Sebagai contoh, apa bila timbul sesuatu yang membuatkan se seorang tidak puas hati,lalu terus mencari bomoh untuk "mengenakan" orang yang membuatkan dia sakit hati.Yang aneh nya punca yang menyebabkan ketidak puasan hati tu mungkin satu masaalah kecil je bagi orang yang waras dan ingat kepada kebesaran Allah.

Masaalah mungkin hanya berkisar pada rasa tidak puas hati kerana:-
  • pinangan  atau cinta di tolak
  • pembahagian harta warisan
  • pertengkaran kecil yang hanya mungkin berpunca dari masaalah anak-anak,
  • masaalah sakit hati bila lihat jiran mendapat sesuatu kelebihan,anak2 dia berjaya,rumah besar dan seumpama nya.
Tetapi sekarang ini trend kegunaan sihir seolah-seolah berkembang seiring dengan kemajuan yang di kecapi.Yang menjadi mangsa nya orang-orang yang tidak bersalah,orang-orang yang ikhlas dan ujur dalam pergaulan harian nya.Sedikit pun mereka-mereka ini tidak menyangka bahawa kawan-kawan dan jiran sekeling mereka yang nampak baik sanggup mencari bomoh untuk menyihirkan mereka atas sebab-sebab yang remeh temeh.

Yang ketara nya sekarang ini gangguan sihir yang di lakukan oleh mereka-mereka ini tidak sahaja di tujukan kepada mangsa nya,tapi kepada semua ahli keluarga nya sekali.Dan sihir yang di gunakan adalah pelbagai,dari gangguan penafasan,gangguan saraf,nafsu tidur dan nafsu sex untuk memastikan mangsa dan keluarga jadi kucar-kacir dan mengalami penderitaan yang berpanjangan.Dan yang aneh nya,pada peringkat awal gangguan sihir tersebut,ramai mangsa tidak perasan yang mereka di sihir.Hinggalah bila masaalah sampai keperingkat kritikal dan sudah banyak kali mendapatkan bantuan perawat-perawat,barulah mereka sedar mereka di sihir.

Ini lah masaalah besar sebenarnya.Oleh kerana mangsa kurang peka tentang sihir,dia tidak tahu yang dia di sihir.Sebagai contoh seorang lelaki amat marah kalau kita beritahu dia bahawa dia di sihir oleh kekasih nya sendiri,sehingga sanggup berhabis beribu ringgit semata-mata untuk menjaga hati kekasih nya.Dia akan hanya sedar diri nya di sihir setelah di tinggalkan oleh kekasih nya setelah semua wang nya habis di kikis oleh kekasih nya tu dan dia hidup dalam keadaan yang tidak terurus kerana tidak berdaya melupakan kekasih nya itu.

Makna nya perempuan tu menggunakan sihir untuk mendapatkan wang dari lelaki tersebut.Dan dengan mudah pula dia mencari mangsa seterus nya,lelaki berpoket tebal untuk di kikis,setelah di cairkan dengan sihir pengasih,penunduk dan pelalu nya.

Mungkinkah sihir jenis ini yang di gunakan oleh Mat-mat Africa untuk mencari calon "kaldai dadah" nya?Mat-mat Indon membawa lari anak-anak dara kita ke Lombok?Mat-mat Pakistan memerangkap gadis Melayu demi wang?Pasti sukar untuk mendapatkan jawapan nya.Yang pasti nya gejala sihir di Malaysia ini nampak macam tak di bendung langsung.Yang ada pun hanya usaha untuk membantu beberapa mangsa yang tampil memohon bantuan.

Kegiatan sihir yang di lakukan oleh minah-minah Indon yang datang kesini pulak macam mana?Yang datang kesini untuk bekerja sebagai pembantu rumah,tak kurang hebat jugak.Dalam bulan pertama kerja nampak baik,pijak semut pun tak mati.Tapi bila lama-lama sikit mula berani jerat majikan lelaki nya dengan sihir cintanya.Kalau majikan lelaki nya jenis yang tak berapa kuat iman,confirm sangkut.Tak nampak lagi anak bini depan mata yang nampak hanya si bibik nya sahaja.Tidak ada lagi rasa mesra pada isteri dan anak kerana saban waktu fikiran di buai oleh sihir pengasih si bibik. Isteri tak menarik lagi pada pandangan nya,yang menarik hanya si bibik.Pada pandangan nya si bibik punya segalanya,cantik secantik model atau penyanyi yang selalu di tonton nya di TV.Walau pun pada hakikat nya si bibik tu mempunyai physical yang agak "pancit" dan kulit yang agak muram!

Si bibik pula tentunya akan menggunakan segala kemahiran sihir nya kerana kalau berjaya.."lumayan kok".Nanti bisa aja jadi isteri kepada orang berada.Tentang suami di seberang,persetan aja deh!.

Kes terkini,berhubung dengan sihir kerana kewangan.Pesakit mendakwa terlalu cinta kan seorang lelaki sehingga sanggup berhabis beribu ringgit.Tidak ada apa-apa ikatan pertunangan pun,hanya kawan biasa.Yang pelik nya dia (pesakit perempuan) tu tidak di layanan seperti yang sepatut nya.Yang perempuan tu dapat hanyalah layanan kasar sampai tangan lelaki tu naik kemuka bila dia menyatakan nak putus hubungan dengan lelaki tu.Duit gaji perempuan tu hanya sempat duduk di akaun nya beberapa hari sahaja selepas hari gaji.Semua nya di keluarkan oleh lelaki tu dengan menggunakan kad ATM perempuan tu.

Pelik, tapi itu lah kenyataan nya.Kalau jiwa tidak cukup kental,iman ta berapa kuat,amat mudah sihir menguasai diri kita.Hinggakan perkara-perkara mudah kita tidak mampu untuk selesaikan nya.