Sekembali nye Hamdan dari rumah mak cik nya,beliau merasa betul-betul tertekan.Mana tak nya,hanya kerana kelewatan melunaskan sejumlah wang yang jumlah nya tidak seberapa mak cik nya sanggup mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatut nya keluar dari keluarga nya sendiri,yang selama ini amat di hormati nya.
Langsung tidak di duga nya selama ini mak cik nya mengeluarkan kata-kata yang sedemikian hanya kerana kelewatan nya melunaskan baki pinjaman yang di berikan oleh mak cik nya beberapa lama dahulu.Bukan nya dia tak nak bayar,tetapi keadaan perniagaan nya beberapa bulan ini amat teruk.Sehinggakan untuk membayar gaji pekerja nya yang seramai 2 orang itu,dia terpaksa menjual barang kemas isteri nya sendiri.
Beberapa selepas peristiwa itu dia mula rasa tidak tenteram.Apa saja yang di buat nya serba tak kena di rasakan nya.Isteri nya pulak,yang merupakan seorang yang penyabar selama ini, sering sahaja naik angin tanpa sebab yang munasabah.Dan yang paling merunsingkan nya bila isteri nya memberi tahu bahawa beberapa hari ini beliau (si isteri) merasa tidak selesa tinggal di rumah,sewaktu Hamdan keluar bekerja.Dia sering merasakan seolah-olah ada orang memerhatikan pergerakan nya.Bila dia membuat kerja di dapur,dia kerap dengar orang memberi salam diari arah hadapan rumah.Bila di jenguk nya tidak seorang pun ada di situ.Malam nya dia tidak boleh tidur dengan nyenyak kerana sering terasa jari tangan dan kaki nya seperti di tarik-tarik dan kadang seperti di cucuk-cucuk.Masuk hari kedua dia sudah terasa sakit dan bisa bahagian tangan dan kaki nya sehingga keparas siku dan lutut.Setiap kali dia mandi,dia merasakan seolah-olah air tidak terkena pada kulit badan nya.
Di pendek kan cerita apabila saya sampai di pintu pagar rumah nya,jam lebih kurang 10-00 pagi, saya merasakan ada sesuatuu yang tidak kena dengan diri saya.Kepala dan bahu terasa berat dan bulu roma menegak secara tiba-tiba!.
"Ha ini baru betul cabaran!", kata saya dalam hati.Tanpa membuang masa saya buat lah apa yang patut.Sekurang kuraang nya tidak ada apa yang menggagu urusan perubatan saya nanti.
Hampir satu jam saya rawat,namun gangguan yang menghuni badan isteri Hamdan tu tidak ada tanda-tanda nak keluar.Hanya yang kecik-kecik nya je dapat di keluarkan.Saya mengambil sedikit masa untuk buat "warm up" sikit.Sementara tu saya minta Encik Hamdan menyediakan segelas air sejuk.Saya baca beberapa potong ayat-ayat rukyah dan tiup kedalam gelas.Saya suruh En Hamdan memberikan air tu untuk di minum oleh isteri nya.Selebih nya di sapu pada muka,kepala,tangan badan dan kakinya.Sementara tu saya teruskan dengan bacaan ayat-ayat rukyah tadi secara berulang.Saya tak tahu berapa kali saya ulangi bacaan ayat-ayat tu sehinggalah saya dapati benda dalam badan isteri nya kehabisan tenaga melawan ayat-ayat rukyah yang saya bacakan sebentar tadi.Tanpa buang masa saya buat persiapan untuk membuang nya ke tempat yang sepatut nya dia berada.
Sebaik sahaja semua benda-benda sihir keluar dari badan isteri Hamdan tu keluar sepenuh nya barulah nampak sedikit seri muka.Itu satu petanda bahawa dia telah bebas sepenuh nya dari angkara sihir tu.
No comments:
Post a Comment