Biasa nya seseorang berikhtiar untuk mendapatkan rawatan alternatif hanya apabila keadaan menjadi di luar kawalan.Memang sepatut nya pesakit berikhtiar mendapatkan rawatan di hospital apabila mengalami kesakitan pada mana-mana anggota badan.Tetapi apabila ubat dan rawatan yang di beri tidak memberi bekas malah menjadi bertambah parah,sehingga mengganggu emosi pesakit,sebaik nya lah di cuba pula rawatan alternatif.Melainkan sekiranya doktor sendiri dah sahkan bahawa masaalah yang timbul adalah berhubung kait dengan masaalah rawatan yang di terima waktu itu.
Pagi semalam,tak sampai satu jam aku membuka kedai di pasaraya tu,aku menerima satu panggilan dari seorang lelaki yang tidak di kenali.Dalam perbualan yang singkat tu,aku di fahamkan bahawa isteri nya (Nora,bukan nama sebenar) sakit.Keadaan nya teruk.Marah marah tanpa sebab dan tidak melayan sebarang pertanyaan yang di ajukan suaminya (Rahmat,bukan nama sebenar).Baru beberapa hari mendapatkan rawatan tradisional tapi penyakit nya datang semula.
Fikir punya fikir aku bergerak ke Seremban pagi tu.Kalau tak pergi nanti takut di katakan tak nak membantu pulak.Dalam perjalanan tu aku cuba-cuba scan masaalah Nora tu.Ingatkan bila dah di "tarik" semua ketua-ketua jin yang mengganggu dia tu,keadaan nya akan sedikit reda apabila aku sampai nanti.Tak banyak lah buang masa sangat.Tapi bila aku sampai je di rumah Rahmat tu,dia awal-awal lagi dah bagi "signal" kat aku bahawa isteri nya,sebentar tadi nampak ok sikit,tapi sekarang ni makin teruk,kata nya lagi.Faham lah aku bahawa ketua-ketua jin yang aku dah buang tadi tu tak mampu membuat 'anak-anak' buah nya duduk diam.Malah semakin mengganas.Alunan bacaan ayat-ayat Quran yang di mainkan oleh Rahman melalui lap-top nya seolah olah tidak memberi bekas.
Aku mohon izin dari Rahmat untuk berjumpa dan merawat isteri nya.Dia membawa aku di bahagian dapur nya di mana kelihatan isteri nya duduk dengan kedua lutut menupang dada dan kedua tangan seolah menutup muka.Keadaan nya seperti orang yang mengalami tekanan perasaan yang amat berat.Muka nya nampak pucat.
Aku mengambil tempat duduk yang jarak nya anggaran satu meter dari badan pesakit,hampir bertentangan,tapi agak kekiri sedikit.Sebelum aku duduk aku memberi salam kepada pesakit.Seperti yang aku duga,dia mengalihkan sedikit tangan yang menutup muka nya dan memandang aku dengan pandangan yang kurang menyenangkan sebelum menutup semula muka nya dengan kedua tapak tangan nya.
Aku cuma mengusik "benda" yang mengganggu nya dengan bacaan ayat-ayat Quran.Setelah selesai bacaan tidak ada sebarang tindak balas yang di tunjuk kan nya.Di situ aku dah dapat agak kekuatan nya tidak sekuat yang aku sangka sekejap tadi.Aku cuba scan jenis-jenis gangguan yang ada dalam badan pesakit tu.Oh punya lah banyak,Siam,Hindu,Budha dan Orang Asli punya pun ada.
Bila dah buang 2 group,aku lihat pesakit tadi dah tak tutup muka dengan tangan lagi.Bila aku pasti dia dah terasa ringan di bahagian kepala dia,aku cuba tanya dia soalan-soalan mudah.Saja nak tahu setakat mana dia merasa lega.Alhamdullillah, dia dah sedar sepenuh nya dan dah boleh berbual secara waras.Dia sedar aku berada di situ untuk merawat nya.
Hampir dua jam jugak aku "layan benda-benda" tu baru selesai.Alhamdulillah tidak ada perkara perkara yang tidak di ingini terjadi kepada pesakit dan diri aku sendiri.Kau lah dia "naik angin" waktu rawatan tu tak tahu lah macam mana.Aku pulak datang sorang je pulak tu.Kalau ada pembantu tu lain lah jugak.Pertolongan Allah kalau dah nak datang tu memang tidak dapat hendak di duga.
Setelah puas hati,segala gangguan tidak lagi ada pada badan pesakit,aku mengingatkan pada Rahmat,suami nya supaya hubungi aku sekiranya ada apa-apa masaalah selepas ini.Dia betul-betul nampak gembira bila dah tengok isteri nya betul-betul sihat seperti sedia kala. Tapi yang tak seronok bagi aku,bila dia bertanyakan siapa yang hantar sihir tu kat bini dia.Itu yang susah sikit nak jawab.Setakat nak di keluarkan sebarang kenyataan hanya berdasarkan firasat,rasa nya amat tidak patut,kerana ia nya tidak bersangkut paut langsung dengan hukum "fakta".Untuk tidak mengecewakan beliau,aku hanya setakat menasihati beliau supaya menyerahkan semua ini kepada Allah Yang Maha Adil dan Maha Mengetahui.
Sepanjang perjalanan pulang ke Kajang,aku sering memikirkan kenapa dan mengapa ada orang yang sanggup menggunakan jin dan syaitan untuk menyakiti orang lain,yang seagama dan sebangsa lagi pulak tu!.Agak aku ini yang di katakan "syaitan dari kalangan manusia dan syaitan dari kalangan jin",yang tercatit dalam Al-Quran tu agak nya.Allah hu alam.

No comments:
Post a Comment