Saturday, December 29, 2012

TANDA TANDA AWAL GANGGUAN SIHIR

Kadang-kadang  tu kita tak perasan pun bila sihir mula menguasai diri kita.Sehingga lah bila kita atau kawan-kawan keliling terperasan akan perubahan pada diri kita.Dan yang paling teruk sekali bila kita dah sampai peringkat kritikal sampai tak boleh bangun,tapi doktor tak dapat nak kenal pasti punca masaalah penyakit yang kita hadapi!


 TANDA GANGGUAN AWAL PADA BAHAGIAN KEPALA.

Mengalami masaalah sakit kepala yang tidak di ketahui punca nya.Ubat dari klinik dah habis tapi sakit kepala tetap datang pada waktu-waktu tertentu.Dan tahap sakit nya semakin hari semakin bertambah.Kesakitan yang di rasai oleh mangsa bergantung kepada kekuatan dan tujuan sihir itu sendiri.Belum pun reda masaalah sakit kepala,fikiran mula rasa terganggu dengan perasaan was-was,berperasangka buruk dengan keluarga sendiri mau pun dengan kawan-kawan keliling,mudah marah atas alasan-alasan yang remeh.Mangsa biasanya menghadapi masaalah sukar untuk melelapkan mata sewaktu tidur malam.Tak lama lepas tu pandangan mula menjadi kabur.Lampu dalam pejabat atau rumah rasa macam tak cukup terang.

Pada tahap ini sekiranya tidak dirawat dengan segera,mangsa akan mula rasa bosan dengan kehidupan.Rasa tidak selesa dengan kawan-kawan dan keadaan keliling.Mula hilang fokus dan konsentrasi pada tugas dan tanggung jawab,sama-ada tanggung jawab sebagai suami,ayah atau pekerja.Kerja-kerja akan banyak tertangguh dan layanan pada suami,isteri,anak-anak dan kawan-kawan mula menjadi hambar.

Tak cukup dengan sakit di bahagian kepala,mangsa mungkin mengalami masaalah selsema yang berpanjangan,bergantung pada jenis sihir yang di hidapi nya.


TANDA GANGGUAN AWAL PADA KAKI DAN TANGAN.

Ada rasa benda menyucuk-nyucuk pada hujung jari tangan atau kaki,terutama pada waktu Maghrib dan waktu tengah malam.Atau rasa macam gatal-gatal pada hujung jari-jari tertentu,tak kira jari tangan atau jari kaki.Biasa nya hujung jari akan terasa lembab dan terdapat rasa luka seperti jarum halus pada dua tempat yang berhampiran.Dalam beberapa hari sahaja mangsa akan terasa lenguh dan sengal pada sendi-sendi tangan dan kaki,di bahagian punggung dan lutut,terutama sekali sewaktu bangun tidur sebelah pagi.

Tekanan perasaan yang berlebihan membuatkan
seseorang mudah hilang pertimbangan

Kadang-kadang terasa "benda" bergerak atau "bergetar" pada bahagian lengan,peha dan betis.Itu petanda awal tangan dan kaki pesakit dah dikuasai oleh jin-jin sihir yang di hantarkan kepada nya.Biasa jugak terjadi bahagian tangan dan kaki mangsa sihir kelihatan biru sebesar duit 20 sen dengan kesan dua lubang seolah-seolah di digit sepasang taring.

Bergantung kepada jenis-jenis sihir yang menyerang,mangsa mungkin akan mengalami rasa sakit dan bisa pada tumit, sekeliling tapak kaki dan lutut dan lenguh pada bahu siku dan keseluruhan tangan.


TANDA GANGGUAN PADA BADAN DAN ANGGOTA DALAMAN.

Biasa nya gangguan yang di tujukan kepada bahagian mana bahagian badan (tulang belakang,pinggang,perut dan dada) dan bahagian anggota dalaman badan (hati,limpa,jantung,paru,buah pinggang,perut anggota sulit dan peranakan) bertujuan untuk memberi kesan kerosakan total kepada mangsa.Kesan dari sihir jenis ini mengakibatkan si mangsa menderita kesakitan pada anggota badan tertentu.Atau hilang fungsi secara total anggota badan yang di sihirkan.Contoh yang paling mudah adalah kehilangan tenaga batin secara tiba-tiba,sama ada pada lelaki atau perempuan.

Tangan dan kaki tak mampu di gerakkan lagi angkara gangguan
sihir yang tidak berperikemanusiaan.

Sihir yang di tujukan pada mana-mana bahagian anggota badan termasuk anggota dalaman tidak mengambil masa yang lama untuk memberikan penderitaan berpanjangan kepada si mangsa.Antara kesan-kesan sihir tersebut adalah seperti berikut:-

Hilang nafsu makan,nafsu sex,nafsu tidur (tidak berasa mengantuk walau pun sudah hampir subuh)

Keseluruhan badan terasa teramat sejuk sehinggakan di balut dengan selimut tebal waktu tengah hari pun badan masih menggigil.

Badan terasa panas berlebihan.Sehinggakan membuat kerja yang sedikit pun akan mengeluarkan peluh yang terlalu banyak,cepat mengah.

Perut sakit secara tiba-tiba,terasa ada cengkaman atau ada benda berpusing dalam perut.Serangan begini akan membuatkan perut mangsa membesar hingga sukar bernafas (Busung).Atau kerap buang air sehingga keletihan.Atau kalau gangguan kepada tali perut akan menyebabkan penyakit seolah-olah buasir,sama ada buasir dalaman atau buasir luaran.

Serangan sihir pada dada yaitu yang di sasarkan pada hati jantung dan paru-paru pesakit membuatkan pesakit rasa bisa-bisa pada ulu hati,atau degupan jantung tidak normal atau penafasan yang tidak teratur (mengah).

Bertahun menerima rawatan hospital termasuk operration tapi masaalah
 tidak  selesai.Terpaksa berhenti kerja (medical board) gara-gara sihir.

Sekiranya serangan sihir di tujukan kepada mana-mana bahagian saraf,terutama sekali di bahagian tulang belakang,tulang punggung,lengan;magsa akan menghadapi kesukaran untuk menggerakkan anggota badan itu.Kalau dalam kaedah perubatan hospital ia nya di panggil "stroke".

Pesakit menderita sakit dan bisa di bahagian sendi tangan dan kaki
hingga tidak boleh berjalan.Doktor mengesahkan gaut tapi rawatan
di hospital selama beberapa tahun tidak mampu meyembuhkan nya.

Bagi yang perempuan pula,biasa nya serangan secara halus di tujukan pada bahagian rahim dan peranakan.Matlamat nya untuk merosakkan anggota bahagian rahim dan peranakan supaya mangsa tidak mampu mengandung.Kedatangan haid jadi tidak menentu dan pengeluaran darah kotor yag berlebihan dari biasa.Selain itu kerosakan pada bahagian kemaluan sehingga menyebabkan beberapa penyakit ringan,seperti gatal-gatal yang kadang kala sehingga kemaluan mengeluarkan cairan kotor yang teramat busuk.Ini sudah tentu akan mengganggu hubungan intim suami isteri.Ini sudah tentu akan memberi kesan kepada kerukunan se sebuah rumah tangga.


KESIMPULAN NYA SIHIR MAMPU MEMDATANGKAN BERMACAM JENIS MASAALAH KEPADA DIRI SESEORANG DENGAN IDZIN ALLAH.HANYA DIA TEMPAT KITA MEMINTA PERTOLONGAN UNTUK TUJUAN PENYEMBUHAN.JANGAN BIARKAN KEADAAN MENJADI SEHINGGA DI LUAR KAWALAN BARU NAK CARI JALAN IKHTIAR.

HUBUNGI  0196837657  EN NASIR UNTUK KETERANGAN LANJUT.




Wednesday, June 13, 2012

Perbalahan keluarga bertukar kepada gangguan sihir.

Sekembali nye Hamdan dari rumah mak cik nya,beliau merasa betul-betul tertekan.Mana tak nya,hanya kerana kelewatan melunaskan sejumlah wang yang jumlah nya tidak seberapa mak cik nya sanggup mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatut nya keluar dari keluarga nya  sendiri,yang selama ini amat di hormati nya.

Langsung tidak di duga nya selama ini mak cik nya mengeluarkan kata-kata yang sedemikian hanya kerana kelewatan nya melunaskan baki pinjaman  yang di berikan oleh mak cik nya beberapa lama dahulu.Bukan nya dia tak nak bayar,tetapi keadaan perniagaan nya beberapa bulan ini amat teruk.Sehinggakan untuk membayar gaji pekerja nya yang seramai 2 orang itu,dia terpaksa  menjual barang kemas isteri nya sendiri.

Beberapa selepas peristiwa itu dia mula rasa tidak tenteram.Apa saja yang di buat nya serba tak kena di rasakan nya.Isteri nya pulak,yang merupakan seorang yang penyabar selama ini, sering sahaja naik angin tanpa sebab yang munasabah.Dan yang paling merunsingkan nya bila isteri nya memberi tahu bahawa beberapa hari ini beliau (si isteri) merasa tidak selesa tinggal di rumah,sewaktu Hamdan keluar bekerja.Dia sering merasakan seolah-olah ada orang memerhatikan pergerakan nya.Bila dia membuat kerja di dapur,dia kerap dengar orang memberi salam diari arah hadapan rumah.Bila di jenguk nya tidak seorang pun ada di situ.Malam nya dia tidak boleh tidur dengan nyenyak kerana sering terasa jari tangan dan kaki nya seperti di tarik-tarik dan kadang seperti di cucuk-cucuk.Masuk hari kedua dia sudah terasa sakit dan bisa bahagian tangan dan kaki nya sehingga keparas siku dan lutut.Setiap kali dia mandi,dia merasakan seolah-olah air tidak terkena pada kulit badan nya.

Di pendek kan cerita apabila saya sampai di pintu pagar rumah nya,jam lebih kurang 10-00 pagi, saya merasakan ada sesuatuu yang tidak kena dengan diri saya.Kepala dan bahu terasa berat dan bulu roma menegak secara tiba-tiba!.

"Ha ini baru betul cabaran!", kata saya  dalam hati.Tanpa membuang masa saya buat lah apa yang patut.Sekurang kuraang nya tidak ada apa yang menggagu urusan perubatan saya nanti.

Hampir satu jam saya rawat,namun gangguan yang menghuni badan isteri Hamdan tu tidak ada tanda-tanda nak keluar.Hanya yang kecik-kecik nya je dapat di keluarkan.Saya mengambil sedikit masa untuk  buat "warm up" sikit.Sementara tu saya minta Encik Hamdan menyediakan segelas air sejuk.Saya baca beberapa potong ayat-ayat rukyah dan tiup kedalam gelas.Saya suruh En Hamdan memberikan air tu untuk di minum oleh isteri nya.Selebih nya di sapu pada muka,kepala,tangan badan dan kakinya.Sementara tu saya teruskan dengan bacaan ayat-ayat rukyah tadi secara berulang.Saya tak tahu berapa kali saya ulangi bacaan ayat-ayat tu sehinggalah saya dapati benda dalam badan isteri nya kehabisan tenaga melawan ayat-ayat rukyah yang saya bacakan sebentar tadi.Tanpa buang masa saya buat persiapan untuk membuang nya ke tempat yang sepatut nya dia berada.

Sebaik sahaja semua benda-benda sihir keluar dari badan isteri Hamdan tu keluar sepenuh nya barulah nampak sedikit seri muka.Itu satu petanda bahawa dia telah bebas sepenuh nya dari angkara sihir tu.

Monday, May 14, 2012

Gabungan Sihir Pelalau,Pengasih dan Jin Gangguan Nafsu.

Hati suami  mana yang boleh tahan apabila diri dan isteri tercinta di serang secara berterusan oleh gabungan Sihir Pelalau,Pengasih dan Jin gangguan kunci nafsu.Awal serangan nya tidak begitu dirasakan.Masaalah kecil sering sahaja bertukar menjadi pergaduhan besar dan perbalahan berpanjangan antara suami isteri.Selama 7 tahun isteri yang di nikahi dengan majlis penuh gemilang dan bersejarah tidak pernah lagi bermasam muka apa lagi meninggikan suara.Nak di katakan tidak bahagia,perkahwinan tu dulu berdasarkan suka sama suka.Sudah ada anak comel berumur 6 tahun.Si suami pulak mempunyai pekerjaan yang agak stabil.Rasa-rasa nya untuk menanggung  keluarga yang sederhana besar pun  dia kampu dari segi kewangan.Tapi umpama "di sangkakan panas sampai kepetang,tapi hujan ribut di tengah hari"Itu lah perumpamaan yang tepat untuk menggambarkan kehidupan yang di lalui oleh seorang insan tabah yang bernama Imran.

Akhir-akhir ni pulak secara perlahan dia merasakan perubahan pada keadaan dirinya.Awalnya dia ingatkan kekurangan keinginan sex nya di sebabkan oleh tekanan kerja atau stress akibat selalu bersengketa dengan si isteri.Tetapi apabila dia fikir-fikirkan yang kelemahan tu hanya bila berhadapan dengan si isteri nya sahaja,bukan di waktu-waktu lain.Sejak itu dia mula berperasangka yang bukan-bukan.Saban hari fikiranya kacau memikirkan punca masaalah diri nya dan keluarga nya.Naluri seorang suami dapat merasaikan seolah-olah ada "tangan ghaib" yang cuba memperkotak-katikkan keluarga nya melalui sihir.Di takdirkan suatu petang sekembalinya dari kerja harian nya di sambut dengan satu berita yang amat mengejut dan mengeciwakan nya.

Seperti biasa aritu bila sampai rumah dia rasa tertekan dengan perlakuan isteri nya yang acuh tak acuh melayan nya.Akibat hilang kesabaran dia mencabar si isteri nya supaya berterus terang kepada nya apa sebenarnya yang dia (si isteri) mahukan dari suami nya.Dengan selamba si isteri tadi menyatakan bahawa dia tak ada perasaan sedikit pun lagi pada si suami.Malah sekarang ni jiwa dan perasaan nya sudah di isi oleh orang lain!Isteri nya merujuk kepada seorang pendatang yang menyewa tidak jauh dari rumah nya.Imran tahu dan kenal lelaki tu kerana setiap hari berjalan berkumpulan dengan rakan serumah nya melalui jalan di hadapan rumah yang di duduki oleh Imran dan isteri untuk ke tapak pembinaan yang tidak jauh dari situ.Bagaikan satu ledakan bom berlaku berhampirannya sehinggakan dia merasakan detik waktu terhenti beberapa ketika.Dia langsung tidak mampu mengeluarkan sebarang kata-kata.Si isteri pulak,sebaik dia mengucapkan kata-kata itu tadi berlari masuk kebilik,menyembamkan muka nya ke bantal atas katil dengan menangis teresak-esak.Tinggal lah Imran seorang diri di ruang tamu,termenung mengenangkan musibah yang bakal di laui nya selepas ini.

Oleh kerana masaalah yang di hadapi oleh Imran dan isterinya telah di hadapi nya selama empat tahun,maka urusan rawatan nya menjadi sedikit rumit dan memakan masa.Tuhan sengaja menguji kita dengan mendatangkan sedikit kesusahan.Berkat sabar yang tinggi di tunjukkan oleh Imran dan isteri nya,sekarang ni sudah mampu tersenyum.Itu pun setelah hampir tiga minggu menghadapi sihir-sihir berulang yang di hantar oleh pemuda pendatang itu.

Untuk para pembaca semua,bukan saya bertujuan nak tunjuk pandai tapi sekadar untuk memaparkan masaalah benar masakini yang semakin melanda masyarakat kita.Anak-anak dara kita di sihir dengan sihir pengasih hingga tak kenal emak ayah,sanggup mengharung gelombang lari ke seberang untuk di nikahi oleh pemuda yang menyihirkan nya.Amat malang sekali sihir jenis ini selalunya sukar di kesan pada peringkat awal.Malah si mangsa dan keluarga akan memerahi sesiapa sahaja yang menyatakan mereka sekeluarga di sihir.Hanya apabila anak gadis kesayangan sudah tidak ada di hadapan mata barulah terkial-kial mencari pengamal-pengamal perubatan hatta bomoh sekali pun untuk menyelesaikan masaalah yang di hadapi nya.