Tuesday, March 24, 2015

Gangguan Pada Rahim dan Peranakan Perempuan

Apabila seorang perempuan bergelar Isteri selama beberapa tahun,keinginan untuk menimang cahaya mata memang tidak boleh di nafikan.Kadang-kadang tekanan untuk mempunyai anak sendiri sering sahaja mengganggu keharmonian hubungan suami-isteri.Apa tidak nya, apabila sudah berbelas tahun mendirikan mahligai,masih belum lagi bergelar ayah dan ibu.Beribu ringgit sudah di habiskan untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor,termasuk pakar,namun ketetapan takdir masih tidak menyebelahi mereka.Walau pun pakar mengesahkan bahawa kedua-dua pasangan tersebut subur,tapi si isteri tetap tidak boleh mengandung.

Pelbagai jenis jamu dan pemakanan kesihatan sudah di makan,guna untuk merangsang kesuburan,berserta dengan urutan badan pada kedua-dua pasangan,namun masih lagi tidak ada tanda-tanda positive yang menunjukkan sebarang tanda kehamilan pada si isteri.

Ini sebenar nya ujian Allah pada pasangan tersebut.Ia nya memerlukan kesabaran yang bukan sedikit.Calang-calang iman mula lah pasangan menyalahkan antara satu sama lain.Hilang sabar si suami senang-senang menuduh si isteri mandul.

Ini yang terjadi kepada 2 pasangan yang datang kepada saya untuk mendapatkan rawatan pada pertengahan tahun lepas.Pasangan pertama datang mengadu tentang isteri nya mengalami masaalah kitaran haid yang tidak menentu.Setiap kali sebelum darah kotor keluar,isteri nya mengalami sakit sengugut yang teruk selama beberapa hari.Ini di ikuti dengan keluaran darah yang berbentuk ketulan darah beku sebesar telur puyuh.

Pasangan kedua bertemu saya untuk mendapatkan rawatan untuk suami nya yang mudah marah pada pasangan nya atas perkara-perkara remeh.Sebelum nya si suami adalah suami yang amat penyayang dan bertimbang rasa.Mereka sudah berkahwin selama 12 tahun,tapi masih belum di kurniakan cahaya mata.

Sebenar nya isteri kepada kedua-dua pasangan ini tidak mengalami sebarang kecacatan physical pada mana-mana organ peranakan mereka.Mereka mengalami gangguan pada rahim dan peranakan mereka.Gangguan tersebut membuatkan isteri tidak boleh mengandung walau telah berkahwin selama berbelas tahun.Alhamdulillah,setelah di rukyah dengan ayat-ayat tertentu,mereka telah selamat menimang cahaya mata mereka masing-masing.Bunyi agak pelik tapi,ITU LAH KENYATAAN YANG SEBENAR DI ALAMI OLEH PASANGAN-PASANGAN TERSEBUT.

Saturday, December 29, 2012

TANDA TANDA AWAL GANGGUAN SIHIR

Kadang-kadang  tu kita tak perasan pun bila sihir mula menguasai diri kita.Sehingga lah bila kita atau kawan-kawan keliling terperasan akan perubahan pada diri kita.Dan yang paling teruk sekali bila kita dah sampai peringkat kritikal sampai tak boleh bangun,tapi doktor tak dapat nak kenal pasti punca masaalah penyakit yang kita hadapi!


 TANDA GANGGUAN AWAL PADA BAHAGIAN KEPALA.

Mengalami masaalah sakit kepala yang tidak di ketahui punca nya.Ubat dari klinik dah habis tapi sakit kepala tetap datang pada waktu-waktu tertentu.Dan tahap sakit nya semakin hari semakin bertambah.Kesakitan yang di rasai oleh mangsa bergantung kepada kekuatan dan tujuan sihir itu sendiri.Belum pun reda masaalah sakit kepala,fikiran mula rasa terganggu dengan perasaan was-was,berperasangka buruk dengan keluarga sendiri mau pun dengan kawan-kawan keliling,mudah marah atas alasan-alasan yang remeh.Mangsa biasanya menghadapi masaalah sukar untuk melelapkan mata sewaktu tidur malam.Tak lama lepas tu pandangan mula menjadi kabur.Lampu dalam pejabat atau rumah rasa macam tak cukup terang.

Pada tahap ini sekiranya tidak dirawat dengan segera,mangsa akan mula rasa bosan dengan kehidupan.Rasa tidak selesa dengan kawan-kawan dan keadaan keliling.Mula hilang fokus dan konsentrasi pada tugas dan tanggung jawab,sama-ada tanggung jawab sebagai suami,ayah atau pekerja.Kerja-kerja akan banyak tertangguh dan layanan pada suami,isteri,anak-anak dan kawan-kawan mula menjadi hambar.

Tak cukup dengan sakit di bahagian kepala,mangsa mungkin mengalami masaalah selsema yang berpanjangan,bergantung pada jenis sihir yang di hidapi nya.


TANDA GANGGUAN AWAL PADA KAKI DAN TANGAN.

Ada rasa benda menyucuk-nyucuk pada hujung jari tangan atau kaki,terutama pada waktu Maghrib dan waktu tengah malam.Atau rasa macam gatal-gatal pada hujung jari-jari tertentu,tak kira jari tangan atau jari kaki.Biasa nya hujung jari akan terasa lembab dan terdapat rasa luka seperti jarum halus pada dua tempat yang berhampiran.Dalam beberapa hari sahaja mangsa akan terasa lenguh dan sengal pada sendi-sendi tangan dan kaki,di bahagian punggung dan lutut,terutama sekali sewaktu bangun tidur sebelah pagi.

Tekanan perasaan yang berlebihan membuatkan
seseorang mudah hilang pertimbangan

Kadang-kadang terasa "benda" bergerak atau "bergetar" pada bahagian lengan,peha dan betis.Itu petanda awal tangan dan kaki pesakit dah dikuasai oleh jin-jin sihir yang di hantarkan kepada nya.Biasa jugak terjadi bahagian tangan dan kaki mangsa sihir kelihatan biru sebesar duit 20 sen dengan kesan dua lubang seolah-seolah di digit sepasang taring.

Bergantung kepada jenis-jenis sihir yang menyerang,mangsa mungkin akan mengalami rasa sakit dan bisa pada tumit, sekeliling tapak kaki dan lutut dan lenguh pada bahu siku dan keseluruhan tangan.


TANDA GANGGUAN PADA BADAN DAN ANGGOTA DALAMAN.

Biasa nya gangguan yang di tujukan kepada bahagian mana bahagian badan (tulang belakang,pinggang,perut dan dada) dan bahagian anggota dalaman badan (hati,limpa,jantung,paru,buah pinggang,perut anggota sulit dan peranakan) bertujuan untuk memberi kesan kerosakan total kepada mangsa.Kesan dari sihir jenis ini mengakibatkan si mangsa menderita kesakitan pada anggota badan tertentu.Atau hilang fungsi secara total anggota badan yang di sihirkan.Contoh yang paling mudah adalah kehilangan tenaga batin secara tiba-tiba,sama ada pada lelaki atau perempuan.

Tangan dan kaki tak mampu di gerakkan lagi angkara gangguan
sihir yang tidak berperikemanusiaan.

Sihir yang di tujukan pada mana-mana bahagian anggota badan termasuk anggota dalaman tidak mengambil masa yang lama untuk memberikan penderitaan berpanjangan kepada si mangsa.Antara kesan-kesan sihir tersebut adalah seperti berikut:-

Hilang nafsu makan,nafsu sex,nafsu tidur (tidak berasa mengantuk walau pun sudah hampir subuh)

Keseluruhan badan terasa teramat sejuk sehinggakan di balut dengan selimut tebal waktu tengah hari pun badan masih menggigil.

Badan terasa panas berlebihan.Sehinggakan membuat kerja yang sedikit pun akan mengeluarkan peluh yang terlalu banyak,cepat mengah.

Perut sakit secara tiba-tiba,terasa ada cengkaman atau ada benda berpusing dalam perut.Serangan begini akan membuatkan perut mangsa membesar hingga sukar bernafas (Busung).Atau kerap buang air sehingga keletihan.Atau kalau gangguan kepada tali perut akan menyebabkan penyakit seolah-olah buasir,sama ada buasir dalaman atau buasir luaran.

Serangan sihir pada dada yaitu yang di sasarkan pada hati jantung dan paru-paru pesakit membuatkan pesakit rasa bisa-bisa pada ulu hati,atau degupan jantung tidak normal atau penafasan yang tidak teratur (mengah).

Bertahun menerima rawatan hospital termasuk operration tapi masaalah
 tidak  selesai.Terpaksa berhenti kerja (medical board) gara-gara sihir.

Sekiranya serangan sihir di tujukan kepada mana-mana bahagian saraf,terutama sekali di bahagian tulang belakang,tulang punggung,lengan;magsa akan menghadapi kesukaran untuk menggerakkan anggota badan itu.Kalau dalam kaedah perubatan hospital ia nya di panggil "stroke".

Pesakit menderita sakit dan bisa di bahagian sendi tangan dan kaki
hingga tidak boleh berjalan.Doktor mengesahkan gaut tapi rawatan
di hospital selama beberapa tahun tidak mampu meyembuhkan nya.

Bagi yang perempuan pula,biasa nya serangan secara halus di tujukan pada bahagian rahim dan peranakan.Matlamat nya untuk merosakkan anggota bahagian rahim dan peranakan supaya mangsa tidak mampu mengandung.Kedatangan haid jadi tidak menentu dan pengeluaran darah kotor yag berlebihan dari biasa.Selain itu kerosakan pada bahagian kemaluan sehingga menyebabkan beberapa penyakit ringan,seperti gatal-gatal yang kadang kala sehingga kemaluan mengeluarkan cairan kotor yang teramat busuk.Ini sudah tentu akan mengganggu hubungan intim suami isteri.Ini sudah tentu akan memberi kesan kepada kerukunan se sebuah rumah tangga.


KESIMPULAN NYA SIHIR MAMPU MEMDATANGKAN BERMACAM JENIS MASAALAH KEPADA DIRI SESEORANG DENGAN IDZIN ALLAH.HANYA DIA TEMPAT KITA MEMINTA PERTOLONGAN UNTUK TUJUAN PENYEMBUHAN.JANGAN BIARKAN KEADAAN MENJADI SEHINGGA DI LUAR KAWALAN BARU NAK CARI JALAN IKHTIAR.

HUBUNGI  0196837657  EN NASIR UNTUK KETERANGAN LANJUT.




Wednesday, June 13, 2012

Perbalahan keluarga bertukar kepada gangguan sihir.

Sekembali nye Hamdan dari rumah mak cik nya,beliau merasa betul-betul tertekan.Mana tak nya,hanya kerana kelewatan melunaskan sejumlah wang yang jumlah nya tidak seberapa mak cik nya sanggup mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatut nya keluar dari keluarga nya  sendiri,yang selama ini amat di hormati nya.

Langsung tidak di duga nya selama ini mak cik nya mengeluarkan kata-kata yang sedemikian hanya kerana kelewatan nya melunaskan baki pinjaman  yang di berikan oleh mak cik nya beberapa lama dahulu.Bukan nya dia tak nak bayar,tetapi keadaan perniagaan nya beberapa bulan ini amat teruk.Sehinggakan untuk membayar gaji pekerja nya yang seramai 2 orang itu,dia terpaksa  menjual barang kemas isteri nya sendiri.

Beberapa selepas peristiwa itu dia mula rasa tidak tenteram.Apa saja yang di buat nya serba tak kena di rasakan nya.Isteri nya pulak,yang merupakan seorang yang penyabar selama ini, sering sahaja naik angin tanpa sebab yang munasabah.Dan yang paling merunsingkan nya bila isteri nya memberi tahu bahawa beberapa hari ini beliau (si isteri) merasa tidak selesa tinggal di rumah,sewaktu Hamdan keluar bekerja.Dia sering merasakan seolah-olah ada orang memerhatikan pergerakan nya.Bila dia membuat kerja di dapur,dia kerap dengar orang memberi salam diari arah hadapan rumah.Bila di jenguk nya tidak seorang pun ada di situ.Malam nya dia tidak boleh tidur dengan nyenyak kerana sering terasa jari tangan dan kaki nya seperti di tarik-tarik dan kadang seperti di cucuk-cucuk.Masuk hari kedua dia sudah terasa sakit dan bisa bahagian tangan dan kaki nya sehingga keparas siku dan lutut.Setiap kali dia mandi,dia merasakan seolah-olah air tidak terkena pada kulit badan nya.

Di pendek kan cerita apabila saya sampai di pintu pagar rumah nya,jam lebih kurang 10-00 pagi, saya merasakan ada sesuatuu yang tidak kena dengan diri saya.Kepala dan bahu terasa berat dan bulu roma menegak secara tiba-tiba!.

"Ha ini baru betul cabaran!", kata saya  dalam hati.Tanpa membuang masa saya buat lah apa yang patut.Sekurang kuraang nya tidak ada apa yang menggagu urusan perubatan saya nanti.

Hampir satu jam saya rawat,namun gangguan yang menghuni badan isteri Hamdan tu tidak ada tanda-tanda nak keluar.Hanya yang kecik-kecik nya je dapat di keluarkan.Saya mengambil sedikit masa untuk  buat "warm up" sikit.Sementara tu saya minta Encik Hamdan menyediakan segelas air sejuk.Saya baca beberapa potong ayat-ayat rukyah dan tiup kedalam gelas.Saya suruh En Hamdan memberikan air tu untuk di minum oleh isteri nya.Selebih nya di sapu pada muka,kepala,tangan badan dan kakinya.Sementara tu saya teruskan dengan bacaan ayat-ayat rukyah tadi secara berulang.Saya tak tahu berapa kali saya ulangi bacaan ayat-ayat tu sehinggalah saya dapati benda dalam badan isteri nya kehabisan tenaga melawan ayat-ayat rukyah yang saya bacakan sebentar tadi.Tanpa buang masa saya buat persiapan untuk membuang nya ke tempat yang sepatut nya dia berada.

Sebaik sahaja semua benda-benda sihir keluar dari badan isteri Hamdan tu keluar sepenuh nya barulah nampak sedikit seri muka.Itu satu petanda bahawa dia telah bebas sepenuh nya dari angkara sihir tu.

Monday, May 14, 2012

Gabungan Sihir Pelalau,Pengasih dan Jin Gangguan Nafsu.

Hati suami  mana yang boleh tahan apabila diri dan isteri tercinta di serang secara berterusan oleh gabungan Sihir Pelalau,Pengasih dan Jin gangguan kunci nafsu.Awal serangan nya tidak begitu dirasakan.Masaalah kecil sering sahaja bertukar menjadi pergaduhan besar dan perbalahan berpanjangan antara suami isteri.Selama 7 tahun isteri yang di nikahi dengan majlis penuh gemilang dan bersejarah tidak pernah lagi bermasam muka apa lagi meninggikan suara.Nak di katakan tidak bahagia,perkahwinan tu dulu berdasarkan suka sama suka.Sudah ada anak comel berumur 6 tahun.Si suami pulak mempunyai pekerjaan yang agak stabil.Rasa-rasa nya untuk menanggung  keluarga yang sederhana besar pun  dia kampu dari segi kewangan.Tapi umpama "di sangkakan panas sampai kepetang,tapi hujan ribut di tengah hari"Itu lah perumpamaan yang tepat untuk menggambarkan kehidupan yang di lalui oleh seorang insan tabah yang bernama Imran.

Akhir-akhir ni pulak secara perlahan dia merasakan perubahan pada keadaan dirinya.Awalnya dia ingatkan kekurangan keinginan sex nya di sebabkan oleh tekanan kerja atau stress akibat selalu bersengketa dengan si isteri.Tetapi apabila dia fikir-fikirkan yang kelemahan tu hanya bila berhadapan dengan si isteri nya sahaja,bukan di waktu-waktu lain.Sejak itu dia mula berperasangka yang bukan-bukan.Saban hari fikiranya kacau memikirkan punca masaalah diri nya dan keluarga nya.Naluri seorang suami dapat merasaikan seolah-olah ada "tangan ghaib" yang cuba memperkotak-katikkan keluarga nya melalui sihir.Di takdirkan suatu petang sekembalinya dari kerja harian nya di sambut dengan satu berita yang amat mengejut dan mengeciwakan nya.

Seperti biasa aritu bila sampai rumah dia rasa tertekan dengan perlakuan isteri nya yang acuh tak acuh melayan nya.Akibat hilang kesabaran dia mencabar si isteri nya supaya berterus terang kepada nya apa sebenarnya yang dia (si isteri) mahukan dari suami nya.Dengan selamba si isteri tadi menyatakan bahawa dia tak ada perasaan sedikit pun lagi pada si suami.Malah sekarang ni jiwa dan perasaan nya sudah di isi oleh orang lain!Isteri nya merujuk kepada seorang pendatang yang menyewa tidak jauh dari rumah nya.Imran tahu dan kenal lelaki tu kerana setiap hari berjalan berkumpulan dengan rakan serumah nya melalui jalan di hadapan rumah yang di duduki oleh Imran dan isteri untuk ke tapak pembinaan yang tidak jauh dari situ.Bagaikan satu ledakan bom berlaku berhampirannya sehinggakan dia merasakan detik waktu terhenti beberapa ketika.Dia langsung tidak mampu mengeluarkan sebarang kata-kata.Si isteri pulak,sebaik dia mengucapkan kata-kata itu tadi berlari masuk kebilik,menyembamkan muka nya ke bantal atas katil dengan menangis teresak-esak.Tinggal lah Imran seorang diri di ruang tamu,termenung mengenangkan musibah yang bakal di laui nya selepas ini.

Oleh kerana masaalah yang di hadapi oleh Imran dan isterinya telah di hadapi nya selama empat tahun,maka urusan rawatan nya menjadi sedikit rumit dan memakan masa.Tuhan sengaja menguji kita dengan mendatangkan sedikit kesusahan.Berkat sabar yang tinggi di tunjukkan oleh Imran dan isteri nya,sekarang ni sudah mampu tersenyum.Itu pun setelah hampir tiga minggu menghadapi sihir-sihir berulang yang di hantar oleh pemuda pendatang itu.

Untuk para pembaca semua,bukan saya bertujuan nak tunjuk pandai tapi sekadar untuk memaparkan masaalah benar masakini yang semakin melanda masyarakat kita.Anak-anak dara kita di sihir dengan sihir pengasih hingga tak kenal emak ayah,sanggup mengharung gelombang lari ke seberang untuk di nikahi oleh pemuda yang menyihirkan nya.Amat malang sekali sihir jenis ini selalunya sukar di kesan pada peringkat awal.Malah si mangsa dan keluarga akan memerahi sesiapa sahaja yang menyatakan mereka sekeluarga di sihir.Hanya apabila anak gadis kesayangan sudah tidak ada di hadapan mata barulah terkial-kial mencari pengamal-pengamal perubatan hatta bomoh sekali pun untuk menyelesaikan masaalah yang di hadapi nya.



Wednesday, December 14, 2011

SIHIR PENGASIH, PENUNDUK, PELALAU - SIHIR JARAK JAUH.

Dulu semalam,selepas Maghrib,aku melakukan rawatan kepada seorang pesakit yang mengadu ada masaalah yang pada mula nya tertumpu di pejabat.Kemudian melarat kepada sakit-sakit dan bisa-bisa seluruh badan.Dan akhir-akhir ni,masaalah merebak kepada rumah tangga pulak.

Setelah aku amati punca nya nyatalah,masaalah yang di hadapi oleh Puan Kamisah dan suami nya berpunca dari angkara khianat yang di lakukan oleh rakan sepejabat nya.Hanya kerana terdapat  sedikit salah faham dengan rakan sepejabat nya,dia terpaksa berdepan dengan rantaian sihir yang tidak pernah dia duga selama ini.

Di rumah dia tak rasa sakit apa-apa pun,hanya sering bertelagah dengan suami atas perkara-perkara remeh.Itu pun bermula hanya ada bulan lepas sahaja.Sebelum tu dia tidak pernah pun berselisih pendapat dengan suami nya atas soal-soal kecil.Malah masaalah besah pun boleh di atasi dengan berkompromi,tanpa bermasam muka.



Yang paling merimaskan Pn Kamisah, ialah perubahan mendadak yang berlaku pada diri nya sebaik sahaja beliau menjejakkan kaki di pejabat nya di Bangsar.Badan yang dari pagi tadi tidak ada masaalah kesihatan,tiba-tiba bertukar menjadi bisa-bisa,lemah dan tidak bermaya.Mood kerja hilang tiba-tiba.Fokus pada tugas jadi kabur.Bila ini terjadi,minda nya hanya fikirkan waktu balik sahaja.Dan penantian sehingga tamat waktu pejabat pukul 5-00 tu,saolah-saolah satu penantian yang penuh penyeksaan buat beliau.Dan yang paling beliau tidak suka,apabila memandu kerumah;beliau merasakan seakan-akan ada orang yang ikut serta dalam kereta itu!

Setelah aku amati secara teliti permasaalahan yang di hadapi oleh beliau,ternyatalah beliau,Puan Kamisah telah di sihir melalui barang sihir yang di tabur di pejabat,dan pada kenderaan beliau.Tujuan nya antara lain untuk memastikan Puan Kamisah ini tunduk pada seseorang,tapi bukan tunduk atas rasa cinta.tapi rasa takut.Itu sebab nya beliau tidak begitu  selesa bila berada di pejabat dan bila memandu kereta nya.Orang yang melakukan sihir tersebut adalah seorang janda anak dua yang bekerja dalam satu jabatan dengan Puan Kamisah.Beliau adalah merupakan senior di jabatan tersebut.


Bila aku  'selami' sedikit keadaan badan Puan Kamisah,saya dapati tahap bisa sihir yang terdapat dalam badan beliau sudah agak membimbangkan.Dengan keadaan bisa sihir yang dah mula memasuki tulang,saya tak hairan bila dia  nyatakan awal tadi,bahawa dalam minggu ni dia dah mula rasa sakit seluruh badan beliau.Sekiranya di biarkan hingga satu bulan sahaja lagi,saya jangkakan beliau tidak akan mampu membuat sebarang kerja pun!.


Oleh kerana gangguan yang terdapat dalam badan Puan Kamisah tu agak banyak,lama jugak lah saya rawat beliau sehingga semua bisa-bisa dalam badan nya dapat di keluarkan.Apa bila kesemua bisa sihir dan gangguan-gangguan dalam badan nya dah berjaya di keluarkan,barulah beliau dapat rasakan bahawa badan nya dah tak ada rasa sakit-sakit lagi.Rasa sihat sangat sekarang ni,katanya.


Setelah saya puas hati dengan keadaan beliau,saya menasihatkan beliau supaya berhati-hati kerana manusia yang berhati ibis tu tidak akan puas hati bila melihat mangsa nya mampu melepaskan diri dari cengkaman nya.Dia akan sentiasa cari jalan untuk membuat mangsanya menderita.Saya syorkan kepada beliau dan suaminya supaya kerap mengaji atau memasang cd bacaan ayat-ayat Quran dirumah,atau bacaan ayat-ayat Rukyah;terutama sekali selepas waktu Solat Maghrib sebagai berikhtiar untuk menjauhi sihir menghampiri diri kita sekeluarga,kerana dalam Al Quran terdapat ayat-ayat yang mampu menghalang sihir.Walau macam mana pun penyerahan secara total atas usaha kita itu harus di tujukan kepada Allah snw yang Maha Berkuasa atas kesemua makhluk ciptaan nya.


Sebaik aku habis merawat Pn Kamisah ni,datang pula seorang gadis remaja dalam keadaan yang berserabut,terus duduk di kerusi di hadapan aku tanpa menunggu pelawaan dari aku.Dengan air mata berlinangan dia mengadu dah tak tahan menanggung derita selama hampir 2 minggu.Minda dan fikiran nya hanya "terikat" pada seseorang yang dia tidak suka.Yang paling menyeksa kan nya ialah dia lelaki yang sering mengganggu minda dia tu adalah tunang pada kawan sebilik nya.Kata nya dia tak boleh lupa kan 'si mamat" tunang kawan sebiliknya tu.Semakin dia cuba melupakan nya semakin kepala nya jadi berserabut.


Sebenar nya gadis remaja ini bernama Nadia adalah anak kepada sahabat karib aku sendiri,yang sekarang ini mengajar di salah sebuah sekolah menengah di Pahang.Beliau baru sahaja 4 bulan mengajar di sekolah tu.Bila mula dapat tawaran mengajar di sekolah tu,beliau yang berasal dari selatan tanah air tentulah mengalami sedikit masaalah tentang rumah sewa.Tapi nasib nya baik kerana  kawan sekolah nya,seorang guru perempuan menawarkan satu bilik yang di sewa nya kepada beliau.Orang mengantuk di sorongkan bantal, apa lagi setuju aje lah.Nak cari rumah dapat bilik,lagi lah jimat sikit.Teman serumah pulak sama-sama mengajar.Tentu nya banyak kesenangan nya.


Bila dah beberapa hari duduk di rumah tu dia mula rasa ada benda yang tak kena.Tunang kepada kawan serumah nya sering mengundang atau di datangi oleh tunangan nya yang bekerja di pejabat Kerajaan yang berhampiran dengan sekolah tempat dia mengajar.Datang malam-malam,lewat malam baru pulang.Dia cuba menegur kawan nya tadi dengan cara yang paling berkhemah.Tapi tak ada apa-apa berbezaan pun,macam curah air di daun keladi je.


Yang paling buat Nadia fobia,ialah bila suatu hari kawan nya balik kampung.Dia terpaksa tinggal ke saorangan.Tinggal sorang-sorang dalam rumah,biasalah tak  bertudung.Sebaik selesai menunaikan solat Isyak,dia terdengar kunci pintu di buka dari luar.Dia ingatkan kawan serumah nya tak jadi balik kampung.Sebaik dia meninjau kearah pintu, alagkah terperanjat nya Nadia,bila dia terpandang tunang kawan nya tadi menutup pintu dari dalam.'Nak ambil barang tertinggal dalam bilik Mimi',katanya selamba.terus kebilik tunang nya.


Secara sepontan Nadia bersuara 'Lain kali kalau nak masuk rumah ini,pastikan lah tunang awak ada.Dah tau tunang balik kampung,kenapa masuk masuk tak bagi salam langsung.!


Nadia betul-betul geram pada tunang rakan nya tu.Sementara budak tu dengan tergesa membuka bilik tunang nya dan beberapa minit kemudian keluar tergesa-gesa tanpa berkata sepatah kata pun.


Ingatkan Nadia,lepas insiden tu masaalah nya akan berakhir,ternyata meleset.Tanpa di sedari nya fikirannya kerap kali terganggu.Dalam masa seminggu sahaja dia sudah hilang fokus pada pekerjaan nya sebagai guru di sekolah.Dia merasakan diri nya sudah di sihir oleh budak lelaki,tunangan kawan serumah nya tu.Tiap kali budak tu datang,dia akan merasakan marah yang teramat sangat dan sebaik sahaja budak tu pergi,dia seolah-olah gila bayang,rasa rindu yang teramat sangat pada dia.Dan secara perlahan seluruh badan nya terasa bisa dan sakit-sakit.Ubat yang di ambil dari kelinik swasta dan kerajaan tidak memberikan sebarang kesan sedikit pun.


Hanya nasib yang menyebelahi,Cik Nadia tadi.Sebaik sahaja gangguan tu telah sampai ketahap di luar kawalan nya,cuti sekolah pun bermula.Itu yang dia datang dengan dua orang kawan nya untuk mendapatkan rawatan yang sepatut nya.Kedatangan nya kali ini dengan linangan air mata dan tangisan yang teresak-esak membuatkan aku sedikit terkejut.Takut kalau-kalau aku tidak mampu mengawal nya.


Dalam tangis yang teresak-esak tu sempat jugak dia merapu."Apa kena dengan saya ni Pak Chik?Saya sayang sangat dengan budak tu.Tapi saya benci dia sebab dia tunang kawan saya.Saya tak boleh lupakan dia Pak Chik",kata nya dengan kedua belah tangan nya di letakkan di dada nya,dalam keadaan dia duduk sambil membongkok dan terketar-ketar seolah-olah kesejukan yang amat sangat.


Baru beberapa minggu sahaja selepas rawatan pertama aku lalukan pada Nadia ni,keadaan nya dah berulang semula malah semakin parah nampak nya.Makna nya pemuda yang melakukan sihir pada Nadia ni memang jenis hati kering.Tak fikir langsung tentang dosa.Sihir pertama nya dulu dah aku buang,kini datang pulak sihir kedua nya yang lagi berat.Kalau sihir minyak cenuai,minyak dagu,dan gangguan hantu raya, jin tengkorak dan di sertakan dengan sihir jarak jauh dan di antar pada seseorang memang lah kesan kemudaratan nya amat cepat.Apa lagi pada seorang perempuan seperti Nadia ni, yang aku rasa-rasa agak kurang ampuh pendinding nya.Kalau kena pada lelaki pun boleh cair inikan pulak perempuan!


Bila aku dah tahu gangguan nya kuat,aku mulakan rawatan dengan hati-hati.Silap-silap nanti aku pulak yang dia ganggu.


Mula-mula sekali aku pindahkan semua jin-jin yang mengikut di sekeliling nya.Kemudian aku "blok" semua gangguan-gangguan sihir jarak jauh nya.Hingga kuasa gangguan yang ada terbatas pada apa yang ada dalam badan nya sahaja.Baru lah senang kerja sikit kerana kekuatan jin-jin sihir nya terbatas pada apa yang ada pada badan nya sahaja.Tidak ada jin dan syaitan sihir dari luar dapat mengganggu proses rawatan aku tu nanti.


Bila  keadaan keliling aku dah rasa benar-benar tenang,barulah aku mulakan rawatan.Tapi belum pun sempat aku sentuh dahi nya,secepat kilas Nadia menepis tangan ku dengan kasar.


"Jangan usik dia,dia aku punya.Aku tak benarkan sesiapa pun usik dia.Aku nak bawak dia balik sekarang.Kau siapa?"kata suara yang keluar dari mulut Nadia,dengan kedua mata nya merenung tepat kearah aku.Pada hal sedari tadi dia terketar ketar kesejukan dan nampak lemah!


"Kau tanya aku siapa?Kau masuk dan kuasai badan anak buah aku ni,kemudian ikut dia ke tempat aku tanpa bagi salam,lepas tu nak tanya siapa aku?cantiknya muka engkau!" ku jawab dengan nada agak tinggi sedikit.


"Aku tak peduli,aku nak bawak dia balik" katanya lagi dengan penuh kesombongan.Sebenar nya aku tak berapa suka berdialog dengan benda-benda dampingan macam ni.Tak ada faedah nya pun.Tujuan nya hanya satu untuk memperbodohkan manusia,Buang masa je.


Memandangkan keadaan agak tegang dan pesakit yang di rasuk bertindak ganas,aku meminta pertolongan kawan-kawan nya tadi untuk membaringkan nya di lantai.Dua orang kawan nya memegang kaki nya dan aku memegang kedua tangan nya.Tenaga nya cukup kuat.Kedegilan nya memang nyata.Beberapa kali kata "aku nak keluar" tapi bila tunggu,dia masih ada dalam badan pesakit tu.


Badan aku dah hampir berpeluh,memegang kedua tangan nya.Potongan ayat rukyah dah di baca beberapa kali namun hasil nya masih lagi samar.Yang aku perasan, tenaga nya sudah mula berkurangan.Aku gunakan kesempatan tu untuk membuat air rawatan.Bila dah siap aku renjiskan pada keseluruh anggota badan nya yang dapat aku renjis.Baki air tu aku paksa dia minum secara paksa.


Sebaik selesai minum dia mula menunjukkan reaksi yang luar biasa.Rentapan nya semakin kuat.Renungan mata nya semakin meliar.


Aku teruskan fokus minda aku kepada  rawatan , supaya aku tidak goyah atau terpedaya dengan tindakan jin yang meresap di badan pesakit tu.Aku lihat kawan nya mula gelisah,bila melihat pesakit semakin agresif.


Aku rawat satu-persatu gangguan di badan pesakit.Dari sihir minyak cenuai,sihir minyak dagu hingga ke sihir pengasih siam.Namun keadaan tidak banyak berubah.Kemudian aku  dah sekat semua serangan sihir empat penjuru yang di hantar oleh bomoh lelaki tu.Baru lah keadaan nampak sedikit reda.Tapi 'benda' yang merasuk nya masih tidak mahu keluar.Jin tengkorak kaum Iban dari Sarawak! Patut lah degil sangat.


Kerana keadaan nampak sedikit reda.Aku sambung perubatan dengan membaca beberapa surah rukyah dengan nada yang sederhana,tujuan untuk mengembalikan tenaga ku yang hilang ketika memegang pesakit yang kerasokan tadi.Beberapa minit selepas tu baru lah ada tanda-tanda gangguan tu nak keluar.Pesakit seolah-olah cuba memuntahkan sesuatu.


Sebaik sahaja kawan nya meletakkan baldi kecil di dagu pesakit,guna untuk menadah muntah nya.aku laungkan azan dengan nada suara yang agak tinggi,sambil tangan kanan ku,aku letakkan di belakang pesakit,kawasan tengkuk.Sebaik selesai azan aku lihat tidak ada apa yang keluar dari mulut pesakit.Walau pun nampak agak lemah,renungan matanya masih lagi agak tajam,menandakan 'benda' tu masih ada lagi dalam badan nya.Sekali lagi aku laungkan azan dengan nada yang agak tinggi sambil merapatkan mulut ku menghapiri telinga nya.Dalam meronta-tonta di menunjukkan tanda-tanda nak muntah.Kali ni nampak cecair pekat keluar dari mulut nya.Sebaik benda tu keluar aku terus 'sambut' dan memindahkan nya jauh dari tempat aku melakukan rawatan.Kemudian aku arahkan pesakit menghabiskan air sejuk yang sudah di bacakan ayat-ayat rukyah sebelum tu.


Barulah aku rasa lega bila pesakit minta air pada kawan nya untuk wuduk.Kemudian melakukan solat Isyak pukul 3-00 pagi!.Alhamdulillah keadaan selamat.


Inilah pertama kali aku merawat pesakit yang di aniaya dengan gabungan sihir-sihir pengasih,penunduk,pelalau dan sihir-sihir jarak jauh secara serentak.Sungguh tidak berperikemaknusiaan.Bagi aku secara peribadi,orang seperti ini adalah jenis manusia penakut yang tidak mampu berpijak di bumi nyata.Tidak mampu menggunakan kuasa otak nya kearah kebaikan.



























Friday, May 6, 2011

GANGGUAN SIHIR KERANA MENOLAK PELAWAAN UNTUK DI JADIKAN ISTERI KE DUA.

Untuk sekian kali aku merawat masaalah sihir yang "berlapis" pada seorang isteri yang telah lebih dua tahun bernikah tapi masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda kehamilan.Kehadiran Pn Norin bersama dengan suami nya En Iskandar (bukan nama sebenar),pada malam tu menjadi satu memori yang tidak boleh aku lupakan seumur hidup aku.Sebelum mereka datang untuk mendapatkan rawatan, si isteri,Pn Norin dan pun menefon aku,memberikan sedikit gambaran tentang masaalah sihir yang di hadapi nya selama ini.Memang teruk keadaan nya.Tapi tidak pula aku duga yang masaalah nya bermula sebaik beliau bergelar isteri pada En Iskandar.

Sebelum aku mulakan rawatan,seperti biasa aku meminta si suami menjelaskan dengan lebih lanjut berhubung dengan masaalah yang di hadapi nya,supaya mudah sikit kerja aku nanti.Tapi baru beberapa ayat keluar dari mulut En Iskanndar,si isteri,Pn Norin dah menambah dengan panjang lebar tentang masaalah yang di hadapi mereka berdua,selama ini.Oleh kerana cerita nya berkisar tentang kawan di pejabat,aku mula syak bahawa perbuatan sihir yang di tanggung oleh Pn Norin selama ini bermula di pejabat beliau.Tapi bila aku amati keadaan nya aku jadi keliru kerana masaalah di pejabat tu hanya berkaitan dengan sihir pengasih,penunduk dan pembanci sahaja.Biasa nya sihir jenis ini di hantar untuk melemahkan pesaing yang berpotensi menyaingi kelebihan yang ada pada seseorang sahaja.Tidak mungkin,ia nya boleh menyebabkan mangsa menderita sakit seluruh badan,hingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital beberapa kali dalam seminggu.

Tapi bila aku "scan" secara menyeluruh,baru aku dapat sedikit gambaran tentang punca sihir yang diderita oleh Puan Norin selama ini.Bukan sahaja seluruh anggota fisikal nya di sihir, malah peranakan nya juga di sihir sekali!Itu yang membuat kan Puan Norin tidak mampu mengandung,walau pun sudah bernikah lebih dari dua tahun!

Hampir tiga jam jugak aku rawat Puan Norin tu,baru lah dapat aku keluarkan ke semua sihir-sihir yang mengganggu nya selama ini.Maklum lah, kurang pengalaman agak nya.Suaminya yang sedari tadi asyik memerhatikan aku dengan agak teliti,mula menunjukkan rasa lega apabila isteri nya sendiri mengakui bahawa badan nya kini terasa ringan.Tidak ada lagi rasa bisa-bisa dan sakit-sakit badan dan perut seperti sebelum ini.


Setelah selesai rawatan,aku menasihati mereka berdua agar berhati-hati,dan cuba banyakkan berzikir kepada Allah.Biasa nya orang yang mengamalkan sihir akan tahu bila sihir nya di buang dan seterus nya dia akan menghantarkan sihir yang lebih berat.Bukan niat aku untuk menakut-nakutan mereka,tapi sekadar menyuruh mereka ini bersedia.Supaya nanti tidak "tenggelam punca" bila musibah melanda untuk kali kedua.
Nak di jadikan cerita,dua hari kemudian aku menerima sms dari Puan Norin menyatakan keadaan perut nya yang amat sakit seperti menyucuk-nyucuk.Sekali gus ia mengalami sesak nafas.


Saya cuba menyakinkan bahawa tidak akan ada apa yang berat boleh terjadi kerana aku sentiasa mengawasi keadaan nya.Walau pun waktu tu aku dapati ada yang menghantar pelalau pembenci kepada nya,tapi aku menyuruh nya supaya banyak-banyak bersabar,kerana benda tu dah aku buang.Tidak ada apa yang harus di bimbangkan.


Mereka yang melakukan sihir tidak akan merasa puas bila tahu mangsa berupaya melawan dan menyingkirkan segala sihir-sihir yang di hantarkan oleh nya.Seboleh-boleh nya dia akan memastikan supaya mangsanya akan sentiasa menderita sepanjang hayat.Itu lah kelaziman sikap mereka-mereka yang melakukan sihir.Mereka langsung tidak memikirkan tentang laknat Allah akan perbuatan keji mereka itu.Masaalah dosa dan seksaan Allah kepada perbuatan mereka ini langsung tidak di ambil peduli.


Sebenarnya sihir yang di hantarkan kepada Pn Norin tu bukan sebesar dan sekuat mana pun kalau nak di badingkan dengan kuala Allah,Raja Sekelian Alam!Tinggal lagi Allah saja nak uji mereka berdua dengan sedikit masaalah sementara berjumpa dengan perawat-perawat yang mampu merawat secara menyeluruh.Yang Sempurna tu Allah,kita sebagai hamba nya sekadar menjalankan kewajipan setakat kemampuan yang ada pada kita sahaja.


Memang tidak di nafikan bahawa tidak semua gangguan sihir mampu di rawat sepenuh nya dengan sekali rawatan sahaja.Terutama sekali sihir yang sudah lama bertapak di badan pesakit.Ia  selalu nya memerlukan rawatan berulang.Ini memerlukan sedikit kesabaran pada diri pesakit.Kefahaman tentang proses rawatan dan punca penyakit yang di alami nya selama ini.









Thursday, March 10, 2011

Rawatan Gangguan Jin Sihir

Biasa nya seseorang berikhtiar untuk mendapatkan rawatan alternatif hanya apabila keadaan menjadi di luar kawalan.Memang sepatut nya pesakit berikhtiar mendapatkan rawatan di hospital apabila mengalami kesakitan pada mana-mana anggota badan.Tetapi apabila ubat dan rawatan yang di beri tidak memberi bekas malah menjadi bertambah parah,sehingga mengganggu emosi pesakit,sebaik nya lah di cuba pula rawatan alternatif.Melainkan sekiranya doktor sendiri dah sahkan bahawa masaalah yang timbul adalah berhubung kait dengan masaalah rawatan yang di terima waktu itu.

Pagi semalam,tak sampai satu jam aku membuka kedai di pasaraya tu,aku menerima satu panggilan dari seorang lelaki yang tidak di kenali.Dalam perbualan yang singkat tu,aku di fahamkan bahawa isteri nya (Nora,bukan nama sebenar) sakit.Keadaan nya teruk.Marah marah tanpa sebab dan tidak melayan sebarang pertanyaan yang di ajukan suaminya (Rahmat,bukan nama sebenar).Baru beberapa hari mendapatkan rawatan tradisional tapi penyakit nya datang semula.

Fikir punya fikir aku bergerak ke Seremban pagi tu.Kalau tak pergi nanti takut di katakan tak nak membantu pulak.Dalam perjalanan tu aku cuba-cuba scan masaalah Nora tu.Ingatkan bila dah di "tarik" semua ketua-ketua jin yang mengganggu dia tu,keadaan nya akan sedikit reda apabila aku sampai nanti.Tak banyak lah buang masa sangat.Tapi bila aku sampai je di rumah Rahmat tu,dia awal-awal lagi dah bagi "signal" kat aku bahawa isteri nya,sebentar tadi nampak ok sikit,tapi sekarang ni makin teruk,kata nya lagi.Faham lah aku bahawa ketua-ketua jin yang aku dah buang tadi tu tak mampu membuat 'anak-anak' buah nya duduk diam.Malah semakin mengganas.Alunan bacaan ayat-ayat Quran yang di mainkan oleh Rahman melalui lap-top nya seolah olah tidak memberi bekas.

Aku mohon izin dari Rahmat untuk berjumpa dan merawat isteri nya.Dia membawa aku di bahagian dapur nya di mana kelihatan isteri nya duduk dengan kedua lutut menupang dada dan kedua tangan seolah menutup muka.Keadaan nya seperti orang yang mengalami tekanan perasaan yang amat berat.Muka nya nampak pucat.

Aku mengambil tempat duduk yang jarak nya anggaran satu meter dari badan pesakit,hampir bertentangan,tapi agak kekiri sedikit.Sebelum aku duduk aku memberi salam kepada pesakit.Seperti yang aku duga,dia mengalihkan sedikit tangan yang menutup muka nya dan memandang aku dengan pandangan yang kurang menyenangkan sebelum menutup semula muka nya dengan kedua tapak tangan nya.


Aku cuma mengusik "benda" yang mengganggu nya dengan bacaan ayat-ayat Quran.Setelah selesai bacaan tidak ada sebarang tindak balas yang di tunjuk kan nya.Di situ aku dah dapat agak kekuatan nya tidak sekuat yang aku sangka sekejap tadi.Aku cuba scan jenis-jenis gangguan yang ada dalam badan pesakit tu.Oh punya lah banyak,Siam,Hindu,Budha dan Orang Asli punya pun ada.


Bila dah buang 2 group,aku lihat pesakit tadi dah tak tutup muka dengan tangan lagi.Bila aku pasti dia dah terasa ringan di bahagian kepala dia,aku cuba tanya dia soalan-soalan mudah.Saja nak tahu setakat mana dia merasa lega.Alhamdullillah, dia dah sedar sepenuh nya dan dah boleh berbual secara waras.Dia sedar aku berada di situ untuk merawat nya.


Hampir dua jam jugak aku "layan benda-benda" tu baru selesai.Alhamdulillah tidak ada perkara perkara yang tidak di ingini terjadi kepada pesakit dan diri aku sendiri.Kau lah dia "naik angin" waktu  rawatan tu tak tahu lah macam mana.Aku pulak datang sorang je pulak tu.Kalau ada pembantu tu lain lah jugak.Pertolongan Allah kalau dah nak datang tu memang tidak dapat hendak di duga.


Setelah puas hati,segala gangguan tidak lagi ada pada badan pesakit,aku mengingatkan pada Rahmat,suami nya supaya hubungi aku sekiranya ada apa-apa masaalah selepas ini.Dia betul-betul nampak gembira bila dah tengok isteri nya betul-betul sihat seperti sedia kala. Tapi yang tak seronok bagi aku,bila dia bertanyakan siapa yang hantar sihir tu kat bini dia.Itu yang susah sikit nak jawab.Setakat nak di keluarkan sebarang kenyataan hanya berdasarkan firasat,rasa nya amat tidak patut,kerana ia nya tidak bersangkut paut langsung dengan hukum "fakta".Untuk tidak mengecewakan beliau,aku hanya setakat menasihati beliau supaya menyerahkan semua ini kepada Allah Yang Maha Adil dan Maha Mengetahui.


Sepanjang perjalanan pulang ke Kajang,aku sering memikirkan kenapa dan mengapa ada orang yang sanggup menggunakan jin dan syaitan untuk menyakiti orang lain,yang seagama dan sebangsa lagi pulak tu!.Agak aku ini yang di katakan "syaitan dari kalangan manusia dan syaitan dari kalangan jin",yang tercatit dalam Al-Quran tu agak nya.Allah hu alam.